• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

30 Juzuk Al-Quran Tetap Meniti Di Bibir

oleh
16/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew berkongsi kesedihan di Facebooknya apabila melihat gambar pelajar dari Miftahul Ulum Sri Petaling Masjid Sri Petaling yang tidak putus membaca al-Quran 30 juzuk setiap malam walaupun sedang dikuarantin akibat wabak koronavirus (Covid-19).

Ebit Lew melalui media sosial itu hari ini mengakui kagum dengan sikap pelajar yang tidak kenal putus asa menghidupkan malam dengan tahajud.

Tulisnya, “Mereka tahajud menangis doakan rahmat buat negara kita dan seluruh dunia. (Jam) 4 pagi semua dah menangis berdoa. Begitu juga pendakwah yang sedang dikuarantin. Semoga semua cepat sembuh ya.

“Semoga semua ahli keluarga tabah ya. ALLAH bersama kita semua,” katanya yang turut memuat naik gambar sekumpulan pelajar membaca al-Quran di Facebook.

Bagaimanapun, keputusan akhir mengesahkan kesemua mereka negatif Covid-19.

Ebit Lew turut terkesan dengan kecaman orang ramai terhadap 15,000 individu yang terlibat dalam perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling.

“Sedih ada yang tulis bukan-bukan terhadap jemaah tabligh.

“Janganlah kerana segelintir, beberapa orang, kita hina mereka. Saya takut bila kita hina dan caci mencaci sesama kita. Azab ALLAH lebih cepat dan rahmat hilang.

“Buat yang telah positif kita doakan mereka dan solat hajat doa mereka sembuh,” katanya.

Beliau turut menasihatkan masyarakat melakukan lebih banyak amalan doa dan tidak menuding jari kepada pihak tertentu.

“Saya merayu semua saudaraku sekalian janganlah cakap bukan-bukan pada mereka. Semoga ALLAH maafkan kita semua.

“Saya benar-benar sayang semua pendakwah dan anak-anak ini semua. Saya tak mampu lakukan dakwah seperti mereka. Saya tak hafal 30 juzuk al-Quran dan belajar alim seperti mereka. Moga ALLAH melindungi mereka,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Al-QuranCovid-19koronavirusmasjid sri petaling
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMPSA Siasat Penyebaran Naratif 3R, Tindakan Tegas Menanti Pelajar Terlibat

UMPSA Siasat Penyebaran Naratif 3R, Tindakan Tegas Menanti Pelajar Terlibat

25/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUANTAN – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) memandang serius penyebaran kandungan di media sosial yang membabitkan universiti...

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd