• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes COVID-19 Global Meningkat Melebihi 150,000

oleh
16/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GENEVA – Sebanyak 152,428 kes coronavirus (COVID-19) dilaporkan di seluruh dunia setakat hari ini, kata jurucakap Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Fadela Chaib kepada Xinhua.

Daripada jumlah itu, katanya, seramai 5,720 pesakit meninggal dunia, dengan jumlah negara dan rantau yang terkesan dengan wabak itu meningkat kepada 141 negara.

Berikutan peningkatan wabak itu di seluruh dunia, WHO mengklasifikasikan COVID-19 sebagai pandemik, dengan Eropah kini menjadi pusat kepada penyakit itu.

“Dengan pengisytiharan COVID-19 sebagai pandemik, nasihat WHO terhadap semua negara dan individu tetap tidak berubah,” kata jurucakap itu yang menegaskan, langkah komprehensif dan pelbagai untuk mengawal dan mengekang COVID-19 perlu diteruskan.

“Bagi melawan virus baharu ini, semua negara perlu mengambil langkah segera dan meningkatkan tahap tindak balas untuk merawat, mengesan dan mengurangkan jangkitan bagi menyelamatkan nyawa,” katanya.

Chaib menggesa semua negara untuk mempersiapkan sistem tindak balas kecemasan, meningkatkan pengesanan dan penjagaan pesakit, memastikan hospital memiliki ruang, bekalan dan kakitangan mencukupi, serta membangunkan intervensi perubatan bagi menyelamatkan nyawa. – Agensi

Tags: coronavirusCovid-19who
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

AS Tolak Pindaan Peraturan Kesihatan WHO

AS Tolak Pindaan Peraturan Kesihatan WHO

19/07/2025
0

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat mengumumkan penolakan terhadap pindaan peraturan kesihatan antarabangsa yang diterima pakai oleh Pertubuhan Kesihatan...

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd