• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengguguran Kes LTTE Akan Disemak Semula – KDN

oleh
12/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri akan mengadakan perbincangan bersama agensi berkaitan untuk menyemak semula keputusan bekas Peguam Negara yang tidak meneruskan prosiding perbicaraan terhadap 12 individu dikaitkan dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, beliau akan berbincang berhubung perkara itu dengan pegawai tertinggi sama ada dari Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri.

“Isu terrorisme bukan hanya masalah dalam negara, tetapi juga di seluruh dunia,” katanya ketika ditanya sama ada kes 12 individu yang dikaitkan dengan LTTE perlu disemak semula.

Beliau berkata, tindakan tegas yang diambil adalah mengikut undang-undang dan perlembagaan negara.

“Jika perlu, kita ambil tindakan tegas yang sewajarnya mengikut undang-undang dan perlembagaan sedia ada,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis Anugerah Cemerlang Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini.

Bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas sebelum ini memutuskan untuk tidak meneruskan prosiding terhadap 12 tertuduh yang dikaitkan dengan kumpulan LTTE.

Thomas menjelaskan keputusan beliau menggugurkan kesemua 34 pendakwaan terhadap kesemua 12 tertuduh dikaitkan dengan LTTE setelah membuat keputusan bahawa tiada prospek jelas untuk sabitan terhadap mereka.

Seramai 12 individu ditahan polis pada 29 Oktober tahun lalu dan didakwa di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) 2012.

Antara 12 individu ditahan adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) seremban Jata, P Gunasekaran dan ADUN Gadek, G Saminathan. – Sinar Harian

Tags: Hamzah ZainuddinKDNLTTEpengganas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Petaling Jaya, Lee Chean Chung membantah pengharaman dua buah buku yang mengisahkan...

Hamzah Zainudin Dipecat Serta-Merta Dari BERSATU 

Hamzah Zainudin Dipecat Serta-Merta Dari BERSATU 

13/02/2026
0

Hamzah Zainudin Dipecat Serta-Merta Dari BERSATU 

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd