• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Akan Terajui Negara Jika PH Kembali Berkuasa

oleh
10/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menerajui negara jika pakatan harapan sekali lagi berkuasa, menurut bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

“Saya akan mengadakan pertemuan dan saya fikir mungkin Anwar,” katanya dalam wawancara bersama televisyen Bloomberg, Haslinda Amin.

Wan Azizah adalah Presiden Pakatan Harapan, juga isteri kepada Anwar.

Anwar telah menunggu hampir dua tahun untuk Tun Dr. Mahathir Mohamad menunaikan janji melakukan peralihan kuasa kepada beliau.

Bagaimanapun, Dr. Mahathir enggan memberi masa untuk peralihan walaupun Anwar menyatakan bakal mengambil kuasa pada bulan Mei.

Dr. Wan Azizah berkata, Pakatan Harapan akan bersedia untuk sebarang kemungkinan termasuk pilihan raya mengejut.

Beliau juga menyatakan tidak mempunyai ‘harapan tinggi’ kepada kerajaan baru yang menunjukkan ketidaktentuan dengan menangguhkan sesi sidang Parlimen pada 9 Mac.

”Kami perlu menunggu dan melihat bagaimana situasi seterusnya. Kerana segala-galanya kelihatan begitu tidak menentu, jadi tidak selamat, begitu rapuh,” kata beliau.

Kerajaan Pakatan Harapan roboh selepas Dr. Mahathir mengumumkan beliau mendapat mandat untuk terus menerajui kerajaan sehingga sekitar bulan November, walaupun selepas itu, beliau memaklumkan mempunyai hak untuk memutuskan bila hendak melepaskan jawatan.

Anwar pula menyatakan persetujuan dan berkata beliau harus bersabar.

Namun, Dr. Mahathir tiba-tiba melepaskan jawatan dengan alasan telah kehilangan sokongan daripada partinya sendiri.

Pada masa ini, Pakatan Harapan menyokong Anwar selepas Dr. Mahathir tidak menghadiri mesyuarat tergempar yang diadakan.

Akibatnya, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat sokongan daripada Barisan Nasional, mendorong Pakatan Harapan yang berada di belakang Anwar kembali meminta bantuan Dr. Mahathir untuk mendapatkan sokongan kerusi Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan.

Apabila ditanya sama ada beliau akan terbuka untuk menerima individu-individu yang berpaling tadah daripada pakatan itu, Dr. Wan Azizah berkata: “Pengkhianatan agak sukar diterima dalam apa jua keadaan. Pengkhianatan masih lagi pengkhianatan.” – Agensi

Tags: Anwar Ibrahimpakatan harapanPerdana MenteriWan Azizah Wan Ismail
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Jangan Ulangi Kesilapan Sokong Muhyiddin, Ismail Sabri, Anwar Jadi PM

UMNO Jangan Ulangi Kesilapan Sokong Muhyiddin, Ismail Sabri, Anwar Jadi PM

24/08/2026
0

SHAH ALAM - Akar umbi UMNO perlu terus bersuara bagi memastikan pandangan mereka didengari kepimpinan parti, kata Ahli Jawatankuasa Pemuda...

PMX Anwar Terima Panggilan Telefon Sheikh Al-Azhar Al-Sharif

PMX Anwar Terima Panggilan Telefon Sheikh Al-Azhar Al-Sharif

22/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima panggilan telefon daripada Sheikh al-Azhar al-Sharif, Prof. Dr. Ahmad al-Tayyeb...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd