• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Kami Harapkan Doa Rakyat Malaysia Untuk Bina Negara”

oleh
10/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), berazam menghapuskan amalan politik yang hanya berdasarkan sentimen semata-mata.

Mufti Wilayah Persekutuan itu menegaskan, semua lapisan masyarakat perlu berusaha memupuk keharmonian ke tahap paling tinggi.

“Sifat toleransi, kasih sayang, rahmah dan hormat-menghormati perlu ada dalam setiap diri kita. Insya-Allah, badai politik semata-mata kerana sentimen dapat dibanteras.

“Marilah bersama-sama kita berpijak di bumi nyata dan katakan inilah negara kita cintai serta cuba bina sebaik mungkin.

“Kami mengharapkan sejumlah besar doa daripada seluruh rakyat Malaysia untuk kita sama-sama bina negara yang aman damai,” katanya ketika ditemui selepas sesi angkat sumpah Ahli Dewan Negara di sini, hari ini.

Sementara itu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang dinamakan sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan, membayangkan akan meneruskan beberapa dasar dirangka pentadbiran terdahulu.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan semua dasar itu perlu diteliti terlebih dahulu sejurus memulakan kerja, sebelum sebarang keputusan mengenainya dimuktamadkan.

“Kementerian akan bermesyuarat esok untuk meneliti keseluruhan perkembangan, tapi saya rasa banyak dasar terdahulu boleh dikekalkan, antaranya inisiatif reben kuning bagi bekas banduan juvana,” katanya.

Mengenai faktor Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, 47, yang dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan, walaupun sudah melepasi had usia belia, Wan Ahmad Fayshal berkata, ia bukan masalah besar selagi mampu memahami aspirasi golongan berkenaan dan ahli sukan di negara ini. – BH Online

Tags: Ahli Dewan Negarakabinetperikatan nasionalSenator
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Diesel Negara Jiran Kini Lebih Rendah Berbanding Malaysia – Takiyuddin

Harga Diesel Negara Jiran Kini Lebih Rendah Berbanding Malaysia – Takiyuddin

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga diesel di negara jiran iaitu Thailand, Indonesia dan Vietnam kini lebih rendah berbanding Malaysia yang merupakan...

Rombakan PN: Muhyiddin, Azmin ‘Turun Pangkat’

Rombakan PN: Muhyiddin, Azmin ‘Turun Pangkat’

14/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Rombakan baharu kepimpinan Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) menyaksikan beberapa tokoh besar parti Bersatu ‘turun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd