• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Ucap Tahniah Kepada Barisan Kabinet Baharu

oleh
10/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan tahniah kepada barisan Kabinet Perikatan Nasional yang diumumkan Perdana Menteri yang baharu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini.

“Kabinet sudah pun diumumkan. Tahniah kepada semua menteri dan timbalan menteri yang dilantik,” tulisnya dalam laman sosial Facebook ‘Najib Razak’.

Beliau turut menyenaraikan beberapa bidang yang mengalami impak besar akibat krisis ekonomi antaranya pekerjaan, pendapatan, kewangan kerajaan, bantuan rakyat, mata wang ringgit, perdagangan, hubungan luar, pendidikan, orang luar bandar dan pembangunan.

“Pemimpin kita semua berhadapan dengan cabaran besar. Semoga dapat menjalankan tugas dengan sempurna dan mengatasi segala cabaran ini. Insya-ALLAH,” katanya.

Sementara itu, media sosial dibanjiri pelbagai reaksi daripada netizen yang memberi ucapan tahniah kepada barisan menteri Kabinet baharu.

Muhyiddin mengumumkan Kabinet seramai 31 orang menteri dan buat pertama kali dalam sejarah Malaysia tidak menamakan seorang timbalan perdana menteri tetapi menamakan empat menteri kanan untuk membantu beliau menjalankan tugas perdana menteri.

“Congratulations Sir, practical dan efficient line-up. (Tahniah Yang Berhormat, praktikal dan barisan cekap) Semoga cekal untuk menunaikan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan,” tulis Azrai Johana dalam laman Facebook Muhyiddin.

“Alhamdullilah. Tahniah TSMY (Tan Sri Muhyiddin Yassin), semoga yang dilantik memikul amanah yang diberi sebaik yang mungkin. #TPM buat masa ini tidak ada keperluan. Terbaik,” tulis Mohd Andy Yaacob dalam Facebook.

“I would like to congratulate all the cabinet ministers appointed. All ministers have been filtered by SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) and PDRM (Polis Diraja Malaysia). With this new coalition and appointment I hope this new government will focus more on better development. #cabinet,” tulis @ainisshaffy dalam Twitter.

(Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua menteri dilantik dalam Kabinet. Semua menteri telah disaring oleh SPRM dan PDRM. Dengan gabungan baharu dan pelantikan, saya harap kerajaan baharu akan lebih tumpu kepada pembangunan yang lebih baik).

Tags: kabinetNajib Tun Razakperikatan nasional
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

PN Mohon Sidang Khas RCI Tabung Haji Ditangguh, Mahu PMX Bentang Sendiri Laporan

PN Mohon Sidang Khas RCI Tabung Haji Ditangguh, Mahu PMX Bentang Sendiri Laporan

10/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) mencadangkan agar Sidang Khas Parlimen yang dijadualkan esok bagi membentangkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd