• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

COVID-19: Kenanga Research Unjur Aliran Keluar Dana Asing

oleh
09/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Aliran keluar dana asing dari pasaran modal negara ini dijangka terus berlaku pada masa terdekat ini berikutan tekanan akibat penularan COVID-19, demikian menurut Kenanga Research.

Dalam satu nota hari ini, firma penyelidikan itu berkata terdapat kebimbangan ketara bahawa COVID-19 akan menjadi pandemik dan seterusnya mengheret ekonomi global menjadi meleset.

Secara keseluruhannya, pasaran modal mencatat aliran keluar bersih dana asing terbesar dalam tempoh 10 bulan iaitu RM10.1 bilion selepas mengekalkan aliran masuk selama tiga bulan berturut-turut.

Pada Januari 2020, aliran masuk dana asing itu mencatat RM3.4 bilion manakala Disember 2019 dan November 2019 masing-masing merekodkan aliran masuk berjumlah RM6.9 bilion dan RM6.6 bilion.

Malah, kekurangan kestabilan politik di Malaysia juga menjadi antara faktor yang menyebabkan pelabur enggan mengambil risiko pada masa ini.

“Bagaimana pun, ia akan kekal dipantau berikutan peningkatan pendirian pihak Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (melakukan tindakan mengejut menurunkan 50 mata asas pada 3 Februari lepas) dan langkah bank pusat serantau lain susulan prospek pertumbuhan lebih lemah akibat penularan COVID-19 tersebut.”

Kenanga Research berkata, semua faktor tersebut akan memberi tekanan kepada ringgit untuk bergerak dalam jajaran 4.16 – 4.24 berbanding dolar AS.

Ia juga mengunjurkan ringgit akan mengakhiri tahun ini pada paras 4.20 berbanding dolar AS daripada RM4.09 pada 2019.

Menurut firma penyelidikan itu, hasil pulangan purata nota perbendaharaan AS 10 tahun berkurangan kepada 1.45 peratus pada Februari iaitu penyusutan sebanyak 27 mata asas.

Menyamai aliran sama, pulangan purata Sekuriti Kerajaan Malaysia bagi tempoh 10 tahun (MGS) susut sebanyak 30 mata asas kepada 2.92 peratus, sekali gus mengurangkan tebaran pulangan purata kepada 147 mata asas daripada 150 mata asas pada Januari.

Menurutnya, jumlah pegangan asing MGS merosot ke paras terendah dalam tempoh empat bulan iaitu 39.6 peratus pada Februari.

Secara keseluruhannya, jumlah pegangan asing terhadap hutang Malaysia berkurangan kepada 13.2 peratus daripada 13.9 peratus pada Januari selepas meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh 15 bulan, bulan lepas.

Di pasaran ekuiti, aliran keluar dana asing mencatat RM2 bilion yang merupakan terbesar dalam tempoh enam bulan.

“Walaupun pelaksanaan pengurangan kadar OPR dan pakej rangsangan fiskal baru-baru ini, prospek pertumbuhan kekal suram dan tidak menentu akibat momentum perkembangan perdagangan global yang perlahan serta impak COVID-19.

“Oleh itu, kita tidak akan terkejut sekiranya BNM berkemungkinan besar melaksanakan satu lagi pengurangan (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.25 peratus pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Mei depan,” katanya.

Tags: Covid-19Dana Asingkenanga research
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd