• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sulaiman Ketua Menteri Melaka Baharu

oleh
09/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu, Datuk Sulaiman Md Ali, hari ini sah dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu.

Beliau yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Melaka mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka ke-12 di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr. Mohd Khalil Yaakob di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh, 3.45 petang tadi.

Pengumuman dibuat Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Hasim Hasan.

Turut hadir menyaksikan istiadat itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Sulaiman, 55, yang juga Setiausaha UMNO Bahagin Masjid Tanah adalah anak kelahiran Jalan Bangsal Rebah, Kampung Durian Daun, Masjid Tanah, di sini.

Beliau pernah dilantik sebagai Timbalan EXCO Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan negeri pada 2014-2018.

Selain mempunyai kelulusan Profesional Sarjana Pengurusan, Pesuruhjaya Jaminan Kualiti (QAC ) dari United Kingdom, beliau turut berkelulusan latihan di Akademi Laut Malaysia (ALAM) serta berpengalaman dalam bidang industri minyak dan gas selama 25 tahun membabitkan syarikat PETRONAS Carigali, ExxonMobil dan Industri Pembangunan Minyak dan Gas.

Hasil perkahwinannya dengan Datin Munira M Yusop, beliau dikurniakan tiga cahaya mata. – myMetro Online

Tags: Ketua Menteri Melakaperikatan nasionalsulaiman md ali
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Bersatu Tetap Guna Logo PN, Bersatu Pengasas PN – Ahmad Faizal

Bersatu Tetap Guna Logo PN, Bersatu Pengasas PN – Ahmad Faizal

23/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menegaskan parti itu akan tetap menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan...

Bersatu Dakwa Pengerusi PN Desak Majlis Tertinggi Terima Penyertaan Parti Cinta Malaysia

Bersatu Dakwa Pengerusi PN Desak Majlis Tertinggi Terima Penyertaan Parti Cinta Malaysia

23/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kesal dengan tindakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd