• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sulaiman Dijangka Angkat Sumpah Ketua Menteri Melaka

oleh
09/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Teka-teki mengenai Ketua Menteri bakal berakhir petang ini apabila seorang daripada 15 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional akan mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-12 di Dewan Seri Utama, Pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka, Ayer Keroh pada 3.30 petang ini.

Sebuah portal berita melaporkan ADUN Lendu, Datuk Sulaiman Md Ali telah dihubungi pihak Istana Melaka memaklumkan beliau akan mengangkat sumpah bagi jawatan terpenting itu sekali gus menamatkan segala spekulasi berhubung individu yang akan memegang jawatan berkenaan.

Biarpun belum ada sebarang pengesahan secara rasmi dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) namun anak kelahiran Durian Daun, Masjid Tanah itu dilihat pemimpin berkaliber lebih dan pemimpin yang ‘bersih’.

Sulaiman yang kini berusia 55 tahun berpengalaman luas dalam politik itu pernah memegang jawatan Setiausaha UMNO Melaka.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Daun dan Sekolah Menengah Masjid Tanah sebelum meneruskan pengajian di Training Cadet Maritime Academy Melaka (ÀLAM) dan meneruskan pengajian Profesional Master In Management QAC ( UK).

Perkahwinannya bersama Datin Munira M Yusop dikurniakan tiga cahayamata iaitu Muhammad Amsyar, Muhammad Ikhlas dan Puteri Balqis

Sebelum, ini Sinar Harian melaporkan, majlis angkat sumpah Jumaat lalu ditangguhkan dipercayai kerana Yang Dipertua Tun Dr Mohd Khalil Yaakob mahu meneliti setiap calon yang dikemukakan bagi memastikan individu itu benar-benar layak.

Sebelum ada beberapa calon yang disebut memegang jawatan berkenan termasuk bekas Ketua Meteri, Datuk Seri Idris Haron dan ADUN Paya Rumput-Bersatu, Datuk Rafiq Naizamohideeen. – Sinar Harian

Tags: Ketua Menteri Melakaperikatan nasional
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Diesel Negara Jiran Kini Lebih Rendah Berbanding Malaysia – Takiyuddin

Harga Diesel Negara Jiran Kini Lebih Rendah Berbanding Malaysia – Takiyuddin

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga diesel di negara jiran iaitu Thailand, Indonesia dan Vietnam kini lebih rendah berbanding Malaysia yang merupakan...

Rombakan PN: Muhyiddin, Azmin ‘Turun Pangkat’

Rombakan PN: Muhyiddin, Azmin ‘Turun Pangkat’

14/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Rombakan baharu kepimpinan Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) menyaksikan beberapa tokoh besar parti Bersatu ‘turun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd