• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Susut 9.03 Mata

oleh
06/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini, menjejaki bursa serantau yang mengambil petunjuk daripada penurunan semalaman di Wall Street.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 9.03 mata kepada 1,482.0 daripada 1,491.03 semasa ditutup pada Khamis.

Pada pembukaan, FBM KLCI dibuka rendah 4.91 mata kepada 1,492.36.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 205 berbanding 64, dengan 139 kaunter tidak berubah, 1,589 tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 135.0 juta saham bernilai RM51.47 juta.

Dalam nota penyelidikan hari ini, Malacca Securities Sdn. Bhd. berkata suasana pasaran yang lebih tenang mendorong FBM KLCI mencatatkan lebih tinggi untuk sesi ketiga berturut-turut semalam berikutan pelabur terus berhati-hati dengan penurunan baru-baru ini, pemulihan sebahagian besarnya sejajar dengan peningkatan dalam ekuiti global berikutan perkembangan politik di Amerika Syarikat, selain langkah-langkah yang diambil oleh beberapa bank pusat di seluruh dunia.

“Bagaimanapun, kami terus berhati-hati mengenai peningkatan semula baru-baru ini berikutan dana asing terus melepaskan pegangan mereka dalam ekuiti Malaysia.

“Dilihat turun naik di Wall Street berterusan dan menunjukkan perubahan yang ketara, didorong oleh kebimbangan mengenai COVID-19,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank merosot lapan sen kepada RM8.45, Tenaga susut 10 sen kepada RM12.54, Public Bank turun 12 sen kepada RM17.88, IHH berkurangan empat sen kepada RM5.56 dan Petronas Chemicals susut sembilan sen kepada RM5.57.

Daripada saham aktif, Vortex naik setengah sen kepada lapan sen, Sapura Energy merosot setengah sen kepada 15.5 sen, TH Heavy Engineering susut satu sen kepada 10 sen manakala Borneo Oil dan Pansar, masing-masing tidak berubah pada 3.5 sen dan 65 sen.

Indeks FBM Emas susut 60.90 mata kepada 10,472.31, Indeks FBM Emas Shariah merosot 56.98 mata kepada 11,133.02 dan FBM 70 berkurangan 70.86 mata kepada 12,849.93.

Indeks FBMT 100 susut 61.35 mata kepada 10,292.94 manakala FBM Ace meningkat 11.22 mata kepada 5,304.66.

Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan susut 0.77 mata kepada 136.09, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 87.38 mata kepada 14,373.33, bagaimanapun Indeks Perladangan naik 1.20 mata kepada 6,767.97.

Tags: bursa malaysiaCovid-19fbm klci
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd