• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Justo Pulang Ke Switzerland Selepas Tukar Kerajaan

oleh
05/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pemberi maklumat, Andre Xavier Justo yang menjadi tumpuan media selepas mendedahkan dokumen berkaitan 1MDB sudah pulang ke Switzerland, kira-kira 13 bulan selepas beliau memutuskan untuk tinggal di Malaysia.

Warganegara Swiss itu tidak mendedahkan butiran berhubung keputusan berkenaan dan sama ada ia ada kaitan dengan pertukaran kerajaan baru-baru ini.

Justo berkata, beliau dan keluarga meninggalkan Malaysia kerana mereka banyak menderita.

“Dan saya tidak boleh mengambil risiko membuatkan orang yang paling saya sayangi menderita lagi jika ada perkara yang tidak kena.

“Kami sudah pulang dan selamat di Switzerland, tetapi hati dan jiwa kami bersama anda semua,” tulisnya di Facebook.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memastikan mereka “pergi tanpa masalah”.

“Kami yakin sepenuhnya Malaysia akan bangkit tidak lama lagi dengan sebuah kerajaan demokratik yang ditubuhkan seperti sepatutnya.”

Catatan Justo ini menyusul penubuhan kerajaan baru terdiri daripada PPBM, UMNO, PAS dan Gabungan Parti Sarawak, susulan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan pada awal minggu lalu.

Tahun lalu, Justo memberitahu FMT, beliau mahu menetap di Malaysia dengan keluarganya dan turut mencari sebuah sekolah untuk anaknya, Zander.

Justo menjadi tumpuan media selepas penahanannya pada 2015 kerana membocorkan dokumen syarikat minyak dan gas, PetroSaudi International berhubung usaha samanya dengan 1MDB.

Ini menjadi asas kepada siasatan pengubahan wang ke atas dana pelaburan negara itu.

Bagaimanapun, beliau kemudiannya dipenjarakan di Thailand selama 18 bulan atas dakwaan menuntut bayaran sebagai balasan tidak mendedahkan maklumat sulit.

Susulan kemenangan PH pada pilihan raya umum 9 Mei 2018, Justo menemui Perdana Menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad, yang mengarahkan siasatan baru ke atas 1MDB dan SRC International seminggu selepas beliau mengangkat sumpah ke jawatan itu.

Justo berkata, tindakannya pulang ke Switzerland bukan pengakhirannya.

“Pengakhirannya ialah hari kita tunduk dan melupakan prinsip kita, tetapi ini tidak akan berlaku!” – FMT

Tags: 1MDBAndre Xavier JustoSwitzerland
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Jangan Kita Lupa Skandal 1MDB” – Gobind

“Jangan Kita Lupa Skandal 1MDB” – Gobind

03/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Digital, Gobind Singh Deo mengingatkan rakyat Johor supaya tidak melupakan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Beliau...

Dakwa Kos LRT3 Terpaksa Dikurangkan Kerana Negara Banyak Hutang ‘Tersembunyi’, 1MDB

Dakwa Kos LRT3 Terpaksa Dikurangkan Kerana Negara Banyak Hutang ‘Tersembunyi’, 1MDB

02/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan bekas penasihatnya, Tony Pua mendakwa projek LRT3 tidak pernah dihentikan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd