• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

8,876 Calon SPM 2019 Cemerlang

oleh
05/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seramai 8,876 daripada 389,498 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 memperoleh keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran diambil.

Ketua Pengarah Pelajaran, Dr. Habibah Abdul Rahim berkata, bilangan calon yang mendapat sekurang-kurangnya kepujian atau gred C dalam semua mata pelajaran juga menunjukkan peningkatan iaitu 77,038 calon berbanding 74,360 tahun 2018.

“Seramai 147,738 calon lagi mendapat sekurang-kurangnya lulus semua mata pelajaran yang menunjukkan peningkatan sebanyak 69 calon berbanding tahun sebelumnya,” katanya pada pengumuman analisis keputusan SPM di sini hari ini.

Menurutnya, pencapaian calon SPM di bandar dan luar bandar meningkat tetapi pencapaian calon di bandar lebih baik.

“Perbezaan ini menyebabkan jurang pencapaian berkenaan bertambah 0.01 peratus,” katanya.

Beliau berkata, syarat pensijilan SPM bermula 2013 menetapkan bahawa calon wajib lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.

“Pada tahun 2019, peratusan calon yang layak menerima sijil meningkat sebanyak 0.33 peratus iaitu 337,773 calon berbanding 338,350 tahun 2018,” katanya.

Habibah berkata, sebanyak 86.72 peratus telah menguasai soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

“87.22 peratus calon menguasai kemahiran mengaplikasi, 89.84 peratus menganalisis, 79.89 peratus menilai dan 89.91 peratus menguasai mencipta.

“Secara keseluruhan, 56 peratus calon SPM menguasai KBAT dengan baik berbanding 61.10 peratus tahun 2018,” katanya.

Beliau berkata, keputusan SPM boleh diperoleh mulai jam 10 pagi di sekolah masing-masing.

“Keputusan peperiksaan bagi calon persendirian akan dihantar melalui pos oleh Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.

“Calon juga boleh menyemak keputusan melalui sistem pesanan ringkas (mySMS) atau layari portal Lembaga Peperiksaan di lp.moe.gov.my,” katanya. – Sinar Harian

Tags: keputusan spmSijil Pelajaran Malaysiaspm 2019
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keputusan SPM Bakal Diumumkan Pada 27 Mei

Keputusan SPM Bakal Diumumkan Pada 27 Mei

09/05/2024
0

KUALA LUMPUR : Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 bakal diumumkan pada 27 Mei ini. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP….....

Keputusan SPM Diumum 16 Jun

08/06/2022
0

Putrajaya : Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 akan diumumkan pada 16 Jun (Khamis) hadapan. Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram Kementerian Pendidikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd