• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mujahid Dikecam Netizen Gara-Gara #NotmyPm

oleh
04/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tindak-tanduk Datuk Seri Mujahid Yusof memuat naik gambar Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan #notmypm nampaknya ‘memakan’ diri sendiri.

Ini kerana, bekas Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri itu teruk dikecam oleh netizen.

Pemegang akaun razmeel@razmeel berkata, disebabkan kuasa Mujahid hilang kewarasan anda sebagai bekas Menteri Agama.

“Kerana kuasa, hilang kewarasan anda sbg mantan menteri agama. Ingat, anda dulu pun daripada PAS terjun masuk PAN ya. Sebab apa? Kuasa? Pentingkan diri? Allah bagi nikmat dan Allah jua yang tarik nikmat. Ingat tu!!” katanya.

Eqhwan pula menyifatkan Mujahid sebagai Menteri Agama paling teruk dalam sejarah ketamadunan manusia.

Malah, Eqhwan turut meletakkan gambar Mujadi dengan perkataan Not My Menteri Agama.

Netizen yang menggunakan akaun muinme menyelar tindakan Mujahid itu dengan menyatakan jawatan yang paling sesuai untuk beliau ialah ‘pembangkang yang menyalak’.

Manakala jebat hutan secara sinis meminta Mujahid menonjolkan akhlak yang baik kerana kita mencontohi sunnah.

Mael_Hydra minta Mujahid berhenti membuat ciapan seperti cybertrooper kerana beliau adalah bekas menteri.

Justice4Adib pula berkata: “Alhamdulillah akhir mandat rakyat sebenar telah dimartabatkan. Semoga PAN dan rakan-rakan mengambil pedoman kerana mengambil kuasa dari jalan fitnah, pembohongan dan pengkhianatan terhadap rakyat.”

Malah, tidak kurang juga netizen-netizen menempelak Mujahid dengan berkongsikan kenyataan-kenyataan media pemimpin DAP berhubung isu agama Islam, Melayu dan Bumiputera, penjawat awam dan ratifikasi ICERD.

Seorang netizen yang memegang akaun superb@superb83764880 turut membidas Mujahid dengan menyatakan: “Ni PM Malaysia. Kalau rasa bukan PM saudara, sila PM tepi forever.”

Wazzupp mendakwa Mujahid meroyan kerana setiap 10 minit beliau akan Tweet.

Ada juga netizen yang memberi nasihat kepada Mujahid.

hashim ahmad shiyuti berkata: “YB berhikmah dan berakhlak jauh lebih baik. Tak rugi untuk memuliakan yang lain biarpun ia bukan kawan kita.”

Adi アディ@adiycodei meminta Mujahid banyak beristighfar. – MalaysiaGazette

Tags: dikecamMuhyiddin YassinMujahid Yusof Rawa
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

31/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendedahkan perihal kemelut dalaman Perikatan Nasional (PN), peranan...

PN Diminta Sahkan Peletakan Jawatan Muhyiddin

PN Diminta Sahkan Peletakan Jawatan Muhyiddin

11/01/2026
0

Kuala Lumpur: Tan Sri Abdul Hadi Awang menggesa Perikatan Nasional (PN) mengadakan mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT), selaras Fasal 8.3(l)(b)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd