• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kakitangan UDA Diarah Bekerja Dari Rumah

oleh
03/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Semua kakitangan UDA Holdings Berhad (UDA) di ibu pejabatnya di Blok Menara, Kompleks Pertama, diarahkan bekerja dari rumah bermula hari ini, bagi membendung kes COVID-19 di lokasi itu.

UDA dalam kenyataannya berkata, syarikat turut mengambil langkah proaktif dengan melaksanakan kerja pembersihan di ibu pejabatnya itu, awal petang semalam dalam usaha meningkatkan kawalan keselamatan dan tahap kesihatan di situ.

“Semua kakitangan di ibu pejabat UDA dibenarkan untuk pulang awal bagi memudahkan urusan pembersihan itu dan dibenarkan bekerja dari rumah hingga ke satu masa diberitahu kelak kerana kami sentiasa komited melaksanakan langkah yang perlu mengikut saranan Kementerian Kesihatan bagi mengelakkan penularan wabak ini.

“Pihak syarikat juga menjalankan saringan kesihatan dan pemeriksaan suhu di lobi ibu pejabat itu, selain mengehadkan orang luar daripada ‘keluar masuk’ di situ,” katanya, di sini, hari ini.

Pada masa sama, kenyataan itu berkata, pelawat dan kakitangan turut disediakan dengan penutup muka dan hidung serta pembasmi kuman tangan sebagai langkah berjaga-berjaga.

Semalam, UDA mengesahkan salah seorang Ahli Lembaga Pengarahnya (ALP) positif COVID-19 selepas menjalani ujian pengesanan baru-baru ini dengan individu berkenaan sudah dikuarantin di salah sebuah hospital kerajaan.

Individu terbabit menghadiri satu majlis makan malam, baru-baru ini yang turut dihadiri bekas menteri dan timbalan menteri namun kedua-duanya sudah menjalani pemeriksaan dan hasilnya adalah negatif COVID-19. – BH Online

Tags: Covid-19koronavirusUDA Holdings
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd