• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan PH Melaka Tumbang

oleh
02/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA TENGAH – Perikatan Nasional yang disertai Barisan Nasional (BN), PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Melaka memperoleh majoriti yang cukup untuk membentuk kerajaan baharu sekali gus menumbangkan Pakatan Harapan.

Perkara itu disahkan Ketua Pembangkang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron selepas mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr. Mohd Khalil Yaakob di pejabat Tuan Yang Terutama (TYT) di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini tadi.

Idris ketika ditemui media berkata, pihaknya akan menyampaikan berita gembira berkenaan kepada rakyat di negeri ini.

“Yes, we are back (ya, kami kembali),” katanya ringkas sebelum meninggalkan pihak media di hadapan kompleks Seri Negeri tadi.

Difahamkan perkara itu akan diumumkan secara rasmi dalam satu sidang akhbar di Hotel Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) sebentar lagi.

Terdahulu Sinar Harian melaporkan Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh di sini menjadi tumpuan media sekali lagi apabila kenderaan yang membawa Pengerusi UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh memasuki kompleks kerajaan itu tadi.

Abd Rauf yang juga Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah mengetuai pertemuan yang disertai beberapa ADUN bersama Mohd Khalil di Pejabat Tuan Yang Terutama. – Sinar Harian

Tags: kerajaan negeri melakapakatan harapanperikatan nasional
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO Negeri Sembilan lebih rela menjadi pembangkang daripada bersama Pakatan Harapan (PH) dalam pentadbiran kerajaan negeri itu....

BN Negeri Sembilan Sangkal Dakwaan ‘Tebuk Atap’, Tegaskan Pendirian 14 ADUN Adalah Sah

BN Negeri Sembilan Sangkal Dakwaan ‘Tebuk Atap’, Tegaskan Pendirian 14 ADUN Adalah Sah

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan menepis dakwaan Pakatan Harapan (PH) bahawa tindakan menarik sokongan terhadap Menteri Besar,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd