• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemimpin PH Rakus, Angkuh Punca Krisis Politik – Asyraf Wajdi

oleh
01/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman digesa bertanya kepada pemimpin Pakatan Harapan (PH) ketika mereka menjadi kerajaan kenapa rakyat resah dan gelisah akibat krisis politik yang menyebabkan negara tidak stabil dan ekonomi tergugat.

Ketua Pemuda UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keresahan itu berpunca daripada sikap pemimpin PH sendiri yang rakus berebut kuasa sebagai perdana menteri sejak dari awal mereka membentuk kerajaan setelah memenangi pilihan raya umum Mei 2018.

“Saudara patut tanya kenapa ini berlaku kepada pemimpin-pemimpin PH. Semuanya angkara kerakusan dan ketamakan untuk berkuasa, berebut takhta perdana menteri sejak awal berkuasa sehinggalah runtuhnya kerajaan PH secara rasmi yang memangsakan rakyat,” katanya dalam satu rakaman video yang disiarkan di Facebook.

Asyraf berkata demikian sebagai respons kepada pendirian Syed Saddiq yang menolak kerjasama PPBM dengan UMNO yang disifatkan sebagai parti yang menyalahguna kuasa dan tidak berintegriti bagi menentukan perdana menteri ke-8.

Beliau bagaimanapun bersetuju dengan Syed Saddiq bahawa rakyat berhak mendapat negara yang lebih baik dan ia juga pendirian tegas Barisan Nasional (BN) dan kerjasama UMNO dalam Muafakat Nasional dengan PAS.

Asyraf berkata, jalan terbaik bagi menyelesaikan krisis politik yang sedang berlaku ialah dengan membubarkan Parlimen bagi memberi jalan kepada pilihan raya umum baru.

“Sebab itulah pemimpin UMNO, Muafakat Nasional, PAS dan BN bersetuju untuk menyerahkan kembali mandat kepada rakyat dengan pembubaran Parlimen.

“Namun kami menjunjung hormat titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong agar dapat berbincang supaya dapat dielakkan (pembubaran Parlimen) kerana maslahah yang lebih besar.

“Sebab itulah kami berjiwa besar sanggup menyokong cadangan Muhyiddin sebagai perdana menteri. Tetapi kami tidak akan sesekali bersekongkol dengan pemimpin-pemimpin bak kata pepatah ‘ayam berkokok berderai-derai, namun ekor bergelumang tahi’,” katanya.

Beliau turut meminta Syed Saddiq memikirkan kembali pendirian parti itu untuk kembali kepada kerjasama PH yang kini terkenal sebagai gabungan politik yang gagal menunaikan janji kepada rakyat.

Semalam Syed Saddiq yang juga ahli Parlimen Muar memberontak terhadap keputusan partinya PPBM untuk membentuk kerajaan baru bersama UMNO.

“Saya ingin tegaskan satu perkara, saya tidak akan sekali-kali bekerjasama dengan golongan perasuah, jauh sekali untuk mendirikan kerajaan bersama dengan mereka,” katanya dalam video yang dimuat naik di Twitter pagi semalam. – FMT

Tags: Asyraf Wajdi DusukiSyed Saddiq
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Asyraf Wajdi Janji Derma Ganti Rugi RM5 Juta Andai Menang Saman Fitnah

Asyraf Wajdi Janji Derma Ganti Rugi RM5 Juta Andai Menang Saman Fitnah

25/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan peguamnya mengeluarkan surat tuntutan...

Asyraf Wajdi Jawab Walanon – BN Berhak Tentukan Sendiri Bentuk Kerjasama Politik

Asyraf Wajdi Jawab Walanon – BN Berhak Tentukan Sendiri Bentuk Kerjasama Politik

20/07/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) berhak menentukan sendiri bentuk kerjasama politik yang mahu dibentuk pada peringkat negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd