• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Ahli Parlimen Nafi Sokong Mahathir

oleh
01/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Dua ahli Parlimen menafikan mereka menyokong pencalonan Dr. Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri baru seperti dalam senarai 114 ahli Parlimen yang didedahkan Pakatan Harapan malam tadi.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, beliau menyokong Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri ke-8, bukannya Mahathir.

“Tidak betul,” katanya menafikan senarai 114 ahli Parlimen yang didakwa menyokong Mahathir sebagai perdana menteri baru.

Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat turut menafikan beliau menandatangani akuan berkanun menyokong Mahathir.

“Dengan ini, saya telah menyokong Muhyiddin sebagai perdana menteri,” katanya dalam satu klip video yang dimuat naik ke Facebook tengah malam ini.

“Oleh itu, saya mohon perkara ini tidak menjadi isu politik supaya kita dapat menghormati keputusan Yang di-Pertuan Agong demi kestabilan negara dan juga tidak lupa untuk kepentingan negeri Sarawak.”

Nama Syed Abu Hussin dan Masir terkandung dalam senarai 114 ahli Parlimen didakwa menyokong pencalonan Mahathir sebagai perdana menteri baru, selepas mesyuarat tergempar Majlis Presiden Pakatan Harapan di ibu negara malam tadi.

Mahathir dilaporkan berkata, beliau akan menyerahkan akuan berkanun ahli Parlimen itu dan surat rasmi ketua parti kepada Agong, selain surat yang disediakan untuk menjelaskan kedudukannya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan berkata, senarai 114 ahli Parlimen didakwa menyokong Mahathir yang didedahkan PH tidak tepat. – FMT

Tags: Ahli ParlimenMahathir MohamadMuhyiddin YassinPerdana Menteri
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PH Meninggalkan Legasi Pentadbiran Yang Cemerlang – PMX Anwar

PH Meninggalkan Legasi Pentadbiran Yang Cemerlang – PMX Anwar

01/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas mandat yang diberikan rakyat...

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

31/07/2026
0

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam nada lembut ketika berkempen malam ini mendakwa beliau datang ke Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd