• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyatuan Ummah Terus Menerus Dihalang

oleh
29/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Biarpun Barisan Nasional, Muafakat Nasional serta parti-parti lain yang bersahabat adalah blok terbesar pada masa ini tetapi pendekatan yang diamalkan sederhana dan terbuka.

Parti-parti ini, kata Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa sentiasa bersedia menyokong blok yang lebih kecil demi penyatuan ummah.

Malangnya, menurut beliau, usaha tersebut terus-menerus terhalang oleh politik marchiavelli – matlamat menghalalkan cara.

Beliau mengulas mengenai kemelut politik negara yang nampaknya masih belum ada penghujungnya selepas Pakatan Harapan (PH) membuat kejutan mencalonkan Perdana Menteri Interim, Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi calon Perdana Menteri semula.

Dr. Mahathir pada Isnin lalu menggemparkan negara apabila mengumumkan Bersatu keluar daripada PH, sekali gus merobohkan kerajaan gabungan itu.

Beliau turut melepaskan jawatan Perdana Menteri Ke-7 dan juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Susulan peletakan jawatannya, Yang di-Pertuan Agong telah melantik beliau menjadi Perdana Menteri Interim.

Yang di-Pertuan Agong juga telah bertindak memanggil 222 Ahli Parlimen untuk menyatakan undi sokongan kepada bakal Perdana Menteri yang akan dilantik.

Namun, Yang di-Pertuan Agong masih belum memperoleh keyakinan mengenai seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mendapat kepercayaan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat bagi membentuk kerajaan baharu.

Sehubungan itu, Istana Negara akan berhubung dengan ketua-ketua pimpinan parti politik yang mempunyai wakil dalam Dewan Rakyat bagi memberi peluang untuk mengemukakan pencalonan nama Ahli Dewan Rakyat sebagai bakal Perdana Menteri.

Lewat petang semalam, Bersatu mengumumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin calon Perdana Menteri tetapi tidak sampai 24 jam, pagi tadi Dr. Mahathir dalam kenyataannya menawarkan diri sebagai calon Perdana Menteri kerana yakin beliau mempunyai sokongan majoriti yang mencukupi di Dewan Rakyat. – MalaysiaGazette

Tags: Barisan Nasionalmuafakat nasionalpenyatuan ummah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kemelut Politik Pacu Trend Penurunan Bursa

Next Post

Individu Sebar Kenyataan Sensitif Politik Giat Dikesan

Related Posts

Keahlian Muafakat Nasional Kini 30,000 Orang

Keahlian Muafakat Nasional Kini 30,000 Orang

15/01/2023
0

Kuala Lumpur : Keahlian Muafakat Nasional (MN) kini mencecah 30,000 orang selepas lebih sebulan permohonannya untuk menyertai pertubuhan itu dibuka...

Jamal Tarik Diri Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional

Jamal Tarik Diri Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional

17/12/2022
0

KUALA LUMPUR: Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah, 63, mengumumkan penarikan diri sebagai Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN). Ikuti Mynewshub: Telegram...

Next Post

Individu Sebar Kenyataan Sensitif Politik Giat Dikesan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd