• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MCA Teguh Bersama Barisan Nasional

oleh
29/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MCA tetap berdiri teguh bersama Barisan Nasional (BN) dan sehaluan dengan parti komponen itu yang mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri baharu.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, pihaknya perlu akur bahawa MCA hanya mempunyai dua kerusi parlimen dan mempunyai pengaruh politik yang terhad.

Katanya, walaupun MCA adalah parti politik pertama mencadangkan supaya parlimen dibubarkan dan cadangan ini turut disokong UMNO, MIC, PBRS dan PAS, namun ekoran daripada perkembangan semasa, pembubaran parlimen bukan lagi satu pilihan.

“Oleh itu, semua sudah bersetuju untuk mencalonkan Presiden Persatuan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu sebagai Perdana Menteri ke-8. Tak kiralah siapa yang menjadi kerajaan kelak, kepelbagaian adalah elemen penting yang mesti didokong oleh barisan kepimpinan baharu itu.

“MCA perlu memastikan kerajaan baharu terus mengekalkan kepelbagaian dalam pentadbiran negara dan ia dapat diperkukuhkan dari masa ke masa,” katanya ketika berucap di majlis sambutan ulang tahun MCA ke-71 di sini, hari ini.

Wee berkata, sejak MCA, menang atau kalah, MCA tetap bersama BN di atas semangat BN yang masih kental.

Wee berkata, sejak penubuhan MCA, sama ada menang atau kalah, MCA tetap bersama BN di atas semangat BN yang masih kental.

Menurutnya, kemuafakatan dan kekitaan adalah elemen penting dalam menjayakan semangat BN.

“Prestasi kerajaan PH sejak 22 bulan lalu, mengecewakan dan cabaran terbesar yang bakal kita hadapi adalah masalah ekonomi dan hubungan antara kaum.

“Hanya dengan menangani isu terbabit dengan baik, barulah MCA, BN dan negara dapat kembali ke landasan yang betul. Ini adalah hala tuju MCA pada masa hadapan. Saya tahu cabaran lebih besar bakal menanti. Dalam keadaan politik yang huru-hara ini, tema sambutan ulang tahun MCA pada tahun ini, yang berbunyi ‘Kebebasan, Demokrasi dan Keadilan’ jelas tepat pada masanya,” katanya.

Beliau turut mengingatkan ahli MCA bahawa mana-mana perjuangan politik akhirnya berlandaskan pada persaingan ideologi dan sokongan rakyat.

“Tanpa ideologi, maka tidak ada sokongan rakyat. Bahkan, jika ada banyak sumber sekalipun, ia hanya bagai kerang kosong yang rapuh,” katanya.

Sehingga kini MCA menyandang dua kerusi parlimen iaitu di Ayer Hitam (Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong) dan Tanjung Piai (Datuk Seri Dr. Wee Jeck Seng), Johor. – myMetro Online

Tags: Barisan NasionalMCA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

Adakah Hanya Golongan Kaya Guna Lebih 200 Liter? – MCA

Adakah Hanya Golongan Kaya Guna Lebih 200 Liter? – MCA

28/03/2026
0

KUALA LUMPUR - MCA mempersoalkan bagaimana kerajaan menentukan bahawa 10 peratus rakyat Malaysia yang menggunakan minyak RON95 lebih daripada 200...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd