• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syor Persempadanan Semula Di Sarawak Belum Dapat Ke Dewan Rakyat

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Laporan akhir persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya negeri Sarawak tidak dapat dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat yang akan bermula Isnin depan, berikutan sesi pendengaran bantahan awam, belum selesai.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata setakat ini masih terdapat 10 lagi bantahan yang belum melalui proses pendengaran.

“Syor persempadanan semula itu menerima 64 bantahan tetapi hasil semakan SPR mendapati hanya 41 yang memenuhi syarat bantahan.

“Selepas semua sesi pendengaran bantahan awam selesai, syor itu akan dipamerkan sekali lagi, jika tiada bantahan diterima, barulah laporan akhir boleh disiapkan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata laporan akhir itu akan diserahkan kepada perdana menteri dan terpulang kepada beliau untuk membentangkannya di Dewan Rakyat pada masa sesuai.

Antara kawasan Parlimen yang menerima bantahan sejak syor itu diwartakan dan dipamerkan selama sebulan mulai 5 Januari lepas ialah Kuching, Kapit, Sarikei, Bintulu, Miri dan Saratok.

Abdul Aziz berkata, SPR mempunyai tempoh dua tahun dari tarikh syor itu diwartakan untuk menyelesaikan perkara berkaitan persempadanan semula).

“SPR yakin 11 bahagian baharu yang diwujudkan dalam persempadanan semula itu dapat digunakan pada pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu akan datang,” katanya yang kini berada di Sarawak untuk menghadiri sesi pendengaran berkenaan.

Berikutan persempadanan semula itu, DUN Sarawak yang kini mempunyai 71 kerusi akan bertambah menjadi 82.

Sebelas bahagian baharu itu ialah N.13 Batu Kitang, N.17 Stakan, N.18 Serembu, N.23 Triboh, N.26 Gedong, N.40 Kabong, N.57 Telian, N.63 Selirik, N.66 Murum, N.70 Samalaju dan N.78 Long Lama.

Kajian semula persempadanan dilakukan sekurang-kurangnya lapan tahun sekali dan kali terakhir dibuat pada 2003. – BERNAMA

Tags: sarawakSPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPR Tubuh 28 Pasukan Penguat Kuasa Pantau Kempen PRN Melaka

SPR Tubuh 28 Pasukan Penguat Kuasa Pantau Kempen PRN Melaka

31/10/2026
0

MELAKA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menubuhkan 28 Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya bagi memantau semua aktiviti calon yang...

BERSAMA Desak SPR, SPRM Siasat Dakwaan Pemberian RM200 Kepada Pengundi Paya Rumput

BERSAMA Desak SPR, SPRM Siasat Dakwaan Pemberian RM200 Kepada Pengundi Paya Rumput

30/10/2026
0

MELAKA - Parti BERSAMA menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan pemberian wang RM200...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd