• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyokong PH Guna WhatsApp Gesa Netizen Tekan Wakil Rakyat

oleh
29/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Penyokong Pakatan Harapan hari ini mula melancarkan kempen terdesak yang menggesa orang ramai menghubungi ahli Parlimen mereka selepas Muhyiddin Yassin dilihat semakin jelas memperolehi majoriti untuk membentuk kerajaan.

“Ayuh rakyat Malaysia, ramai-ramai panggil ahli Parlimen masing-masing dan mendesak mereka supaya jangan mengkhianati pengundi,” katanya dalam satu kenyataan yang mula disebarkan dalam kumpulan WhatsApp.

Sebanyak 51 nombor telefon peribadi milik pemimpin dari Warisan, PPBM, bekas pemimpin PKR yang bertindak keluar parti dan mereka dipercayai mengambil pendirian atas pagar mula disebarkan kepada umum.

Antara nombor telefon yang tersebar ialah Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali; Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin; Ahli Parlimen Jerlun Mukhriz Mahathir; Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Abdul Rahman; Ahli Parlimen Semporna Shafie Apdal.

Kemelut politik negara yang kian meruncing selepas Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai perdana menteri dan keputusan PPBM memutuskan untuk keluar dari Pakatan Harapan dijangka akan berakhir dalam masa terdekat.

Ia susulan 36 ahli Parlimen PPBM mencalonkan presiden mereka untuk jawatan tertinggi dalam pentadbiran Putrajaya, selepas satu mesyuarat diadakan di Istana Negara membabitkan Majlis Raja-Raja Melayu yang mengumumkan akan bertemu pemimpin politik sebelum membuat keputusan.

Mesyuarat hari ini juga dihadiri oleh 10 ahli PPBM baru, kumpulan ahli Parlimen PKR yang keluar dari parti itu selepas pemecatan timbalan presidennya, Mohamed Azmin Ali.

Kira-kira 1 jam kemudian, PAS dan UMNO mengesahkan semua 57 ahli Parlimen mereka menyokong Muhyiddin. Setiausaha Agung Annuar Musa dan Takiyuddin Hassan mengesahkan sokongan itu dalam kenyataan ringkas.

MCA juga menyatakan sokongan terhadap Muhyiddin. – FMT

Tags: Ahli ParlimenDAPpakatan harapanwhatsapp
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Fundraising Dinner DAP Dapat Sambutan Kuat Masyarakat – Tengku Zafrul

Fundraising Dinner DAP Dapat Sambutan Kuat Masyarakat – Tengku Zafrul

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mendakwa majlis ‘fundraising dinner’ anjuran...

BN Negeri Sembilan Sangkal Dakwaan ‘Tebuk Atap’, Tegaskan Pendirian 14 ADUN Adalah Sah

BN Negeri Sembilan Sangkal Dakwaan ‘Tebuk Atap’, Tegaskan Pendirian 14 ADUN Adalah Sah

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan menepis dakwaan Pakatan Harapan (PH) bahawa tindakan menarik sokongan terhadap Menteri Besar,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd