• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bersatu Calonkan Muhyiddin Perdana Menteri Ke-8

oleh
28/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mencalonkan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan untuk perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Setiausaha Agungnya, Datuk Marzuki Yahya berkata, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Ahli Dewan Parlimen dihadiri 36 Ahli Parlimen Bersatu, hari ini.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh antara nama disebut-sebut sebagai Perdana Menteri baharu menggantikan Pengerusi Bersatu, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Sumber dalaman memaklumkan, Presiden Bersatu itu akan diketengahkan sebagai Perdana Menteri kelapan, bersandarkan sokongan daripada ‘Kumpulan Azmin’, Gabungan Parti Sarawak, Parti Warisan Sabah (Warisan) dan gabungan Muafakat Nasional merangkumi UMNO dan PAS.

‘Kumpulan Azmin’ merujuk kepada kumpulan diterajui bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan 10 ahli Parlimen lain daripada parti sama, antaranya bekas Naib Presiden, Zuraida Kamaruddin dan bekas Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaffar.

Menerusi sokongan empat blok utama itu, sumber berkata, Bersatu akan memperoleh majoriti mudah 116 kerusi, sekali gus membolehkan mereka menubuhkan kerajaan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah.

“Sekarang ini wujud percanggahan pendirian dalam Bersatu antara Dr. Mahathir dan ‘kem’ Muhyiddin, justeru langkah seterusnya akan diumumkan malam ini, insya-Allah,” katanya, hari ini.

Terdahulu, Pengerusi BERSATU itu tiba di perkarangan Yayasan Al-Bukhary di sini pada jam 9.10 pagi bagi mempengerusikan mesyuarat khas, membabitkan 25 lagi Ahli Parlimen parti berkenaan.

Ditanya nada suasana mesyuarat hampir dua jam itu, sumber memaklumkan ia berlaku dalam suasana tegang dengan menyaksikan Dr. Mahathir meninggalkan pertemuan separuh jalan.

“Tun hanya masuk sekejap dan tinggalkan mesyuarat disebabkan pendirian Bersatu untuk bekerjasama dengan PAS dan UMNO,” katanya. – BH Online

Tags: BERSATUGPSmuafakat nasionalMuhyiddin Yassinwarisan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PN Intai Muafakat Rentas Gabungan Bersama BN, GPS, GRS, Warisan – Annuar Musa

PN Intai Muafakat Rentas Gabungan Bersama BN, GPS, GRS, Warisan – Annuar Musa

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) sedang mengintai kerjasama rentas gabungan bersama Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan...

Mohamed Farid Gembira Dipecat Bersatu, Dakwa Bebas Dari Parti Meruntuhkan Silaturrahim Sesama Muslim

Mohamed Farid Gembira Dipecat Bersatu, Dakwa Bebas Dari Parti Meruntuhkan Silaturrahim Sesama Muslim

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi menyifatkan pemecatan beliau oleh Parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd