• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat Pada 2 Mac

oleh
28/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof hari ini memutuskan bahawa Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang dicadangkan pada 2 Mac tidak akan berlangsung. 

Menurut Mohamad Ariff, beliau telah menerima Surat Pemakluman Memanggil Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang ditandatangani Perdana Menteri Interim, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai cadangan mesyuarat itu. 

“Namun demikian saya mendapati surat berkenaan tidak menepati Peraturan Mesyuarat 11 (3) oleh kerana tidak disusuli dengan Pemberitahuan Usul yang lengkap,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. 

Beliau menjelaskan mengikut Peraturan Mesyuarat 11(3) , pemberitahuan dan tarikh mesyuarat akan dikeluarkan olehnya selaku Yang Dipertua Dewan Rakyat. 

“Setakat ini tiada notis dikeluarkan,” katanya. 

Mohamad Ariff berpendapat bahawa keperluan untuk mengadakan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat akan dibuat selepas mendapat pemakluman titah rasmi daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riáyatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung dengan proses pemilihan perdana menteri. 

“Saya akan terus meneliti perkembangan semasa dan kenyataan seterusnya tentang notis dan tarikh mesyuarat khas akan dimaklumkan kelak,” katanya.

Semalam, Dr. Mahathir memberitahu sidang media bahawa Mesyuarat Khas Dewan Rakyat akan diadakan pada 2 Mac ini bagi menentukan calon yang mendapat majoriti untuk menjadi perdana menteri baharu. 

Perdana Menteri Interim itu berkata sekiranya persidangan khas itu gagal mencapai keputusan, pilihan raya mengejut akan diadakan. 

Tags: Dewan RakyatMohamad Ariff Md Yusof
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anthony Loke Minta Orang Ramai Kecam MP Tak Sokong Usul Hadkan Tempoh Jawatan PM

Anthony Loke Minta Orang Ramai Kecam MP Tak Sokong Usul Hadkan Tempoh Jawatan PM

02/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook meminta orang ramai mengecam Ahli Parlimen yang tidak hadir...

Usul Had Tempoh PM 10 Tahun Gagal Diluluskan Di Parlimen Satu Tamparan Hebat Dan Memalukan

Usul Had Tempoh PM 10 Tahun Gagal Diluluskan Di Parlimen Satu Tamparan Hebat Dan Memalukan

02/03/2026
0

Memalukan dan tidak pernah berlaku apabila usul pihak kerajaan gagal diluluskan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd