• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Tak Kisah Jika Muhyiddin Ganti Jadi PM

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr. Mahathir Mohamad berpendirian terbuka dan menerima keputusan sekiranya parti itu turut mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Dr. Mahathir berkata, beliau tidak mempunyai masalah jika Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu itu dipilih sebagai penggantinya.

“Banyak kemungkinan yang dibincangkan antaranya kemungkinan meletakkan Muhyiddin sebagai calon (Perdana Menteri).

“Jika semua orang pilih dia, saya okey,” katanya pada sidang media selepas mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 di Jabatan Perdana Menteri di sini semalam.

Beliau berkata demikian berhubung butiran yang dibincangkan bersama Muhyiddin dalam pertemuan di pejabatnya semalam.

Semalam, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu itu tiba di bangunan Perdana Putra, Putrajaya kira-kira 2.20 petang.

Mengulas lanjut, Dr. Mahathir berkata, Muhyiddin boleh dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya mendapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

“Sekiranya beliau (Muhyiddin) mendapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat maka dia boleh dilantik sebagai Perdana Menteri dan kemudiannya membentuk Kabinet sendiri,” katanya.

Ketika ditanya sama ada Bersatu mencalonkan dua nama bagi jawatan Perdana Menteri, Dr. Mahathir menjelaskan perkara itu belum diputuskan lagi. – Sinar Harian

Tags: BERSATUMahathir MohamadMuhyiddin YassinPerdana Menteri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Era PMX Stesen Bas Diluluskan. Alhamdulillah. Pertama kali Perdana Menteri Buat Majlis Serah Surat Lulus Projek’ – Annuar Musa

‘Era PMX Stesen Bas Diluluskan. Alhamdulillah. Pertama kali Perdana Menteri Buat Majlis Serah Surat Lulus Projek’ – Annuar Musa

01/11/2026
0

KOTA BHARU - Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa berkata, semangat federalisma sememangnya menjadi satu kewajipan yang...

BERSATU Meterai CSA Dengan Kerajaan Madani, Bakal Terima Peruntukan Seperti Ahli Parlimen Kerajaan

BERSATU Meterai CSA Dengan Kerajaan Madani, Bakal Terima Peruntukan Seperti Ahli Parlimen Kerajaan

29/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa Ahli Parlimen pembangkang termasuk enam daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan seorang Parti Ikatan Demokratik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd