• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perbincangan Dengan Mahathir Tak Lagi Berbangkit – Anwar

oleh
27/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan sebarang perbincangan dengan Perdana Menteri interim, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung pembentukan kerajaan, tidak lagi berbangkit.

Ahli Parlimen Port Dickson itu menjelaskan, Dr. Mahathir sudah meninggalkan Pakatan Harapan (PH) walaupun gabungan itu masih wujud.

“Tidak (akan lagi berjumpa Dr. Mahathir). Perkara itu tidak lagi berbangkit. Kami masih PH sedangkan dia (Dr. Mahathir) sudah meninggalkan PH,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat pimpinan PH di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah beliau akan mengadakan pertemuan semula dengan Dr. Mahathir bagi membincangkan mengenai pembentukan kerajaan baharu.

Ditanya mengenai pelantikan semula Dr. Mahathir sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Anwar secara ringkas menjawab itu adalah keputusan Ahli Parlimen Langkawi terbabit.

Ditanya pula sama ada PH akan menerima jika BERSATU menyertai semula gabungan itu, Anwar berkata, keputusan boleh berubah mengikut keadaan.

Terdahulu Anwar bersama pimpinan PH mengadakan mesyuarat di sebuah hotel di sini.

Mesyuarat yang bermula pada jam 1.30 tengah hari dan berakhir dua jam kemudian, difahamkan membincangkan mengenai isu dalaman parti dan situasi politik negara. – BH Online

Tags: Anwar IbrahimMahathir Mohamadpakatan harapan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ahli Parlimen Ranau Nafi Keluar PKR

Next Post

Calon MB Johor Selewat-Lewatnya Esok – Hasni

Related Posts

Kes Zara Qairina: ‘Siasatan Telus, Tiada Sesiapa Dilindungi’ – Anwar

Kes Zara Qairina: ‘Siasatan Telus, Tiada Sesiapa Dilindungi’ – Anwar

09/08/2025
0

KOTA BHARU: Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan siasatan terhadap kes Zara Qairina Mahathir akan dijalankan secara telus tanpa ada...

Muhyiddin Tuntut Anwar Mohon Maaf

Muhyiddin Tuntut Anwar Mohon Maaf

07/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) menuntut Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta maaf berhubung kenyataan Perdana Menteri yang mendakwa...

Next Post

Calon MB Johor Selewat-Lewatnya Esok - Hasni

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd