• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PH Calonkan Anwar PM Bukti Mahathir Dikhianati

oleh
27/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Keputusan sebulat suara ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri kelapan akhirnya membongkar sikap sebenar mereka yang mengkhianati dan mempergunakan Tun Dr. Mahathir Mohamad demi kepentingan politik.

Penganalisis politik, Dr. Mohammad Tawfik Yaakob berkata, perkara yang dilakukan Anwar dan ahli Parlimen daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan parti Amanah Negara (Amanah) jelas menunjukkan sokongan mereka terhadap Dr. Mahathir yang kini Perdana Menteri Interim sebenarnya bukanlah seratus peratus.

“Sokongan diberikan selama ini tidak sepenuhnya kerana berlaku permainan politik yang cukup besar dalam kalangan ahli Parlimen PH yang seolah-olah menggunakan Dr. Mahathir demi kepentingan politik mereka.

“Tidak logik hanya kerana Dr. Mahathir tak hadir sekali pada mesyuarat Majlis Presiden PH semalam maka terus berlaku penukaran calon Perdana Menteri.

“Bagaimana kita nak lihat satu kesetiaan kepada Dr. Mahathir? Sedangkan mereka sebelum itu sungguh-sungguh memujuk untuk bekas Pengerusi Bersatu itu kembali menjadi Perdana Menteri,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Pada 24 Februari lalu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu mengesahkan bahawa mereka menyokong Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri dan akan membawa syor itu ke mesyuarat Majlis Presiden PH.

Bagaimanapun, Majlis Presiden PH menetapkan calon Perdana Menteri adalah Anwar sebelum keputusan itu diumumkan dalam satu sidang media petang tadi.

Dalam pada itu, Mohammad Tawfik yang juga Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik Universiti Malaya (UM) berkata, keputusan Anwar dan ahli-ahli Parlimen PH itu sudah boleh dibaca oleh Dr. Mahathir bahawa beliau dan peranannya dipergunakan bagi mendapatkan sokongan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Warisan di Sabah.

“Apa yang dilakukan Dr. Mahathir menerusi perutusan khas hari ini (semalam) untuk tidak melibatkan ahli politik dalam pentadbiran kerajaan dalam tempoh terdekat merupakan satu tindak balas cukup keras dan isyarat jelas kepada semua ahli Parlimen PH agar tidak menguji kesabarannya sebagai pemimpin.

“Di peringkat awal mereka bersungguh-sungguh melantik Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri tapi hanya kerana tidak hadir sekali mesyuarat, perubahan terus dilakukan dengan serta-merta,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Anwar IbrahimMahathir Mohamadpakatan harapan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Johor Masih Ingat Kerajaan PH Batalkan Projek RTS, HSR

Rakyat Johor Masih Ingat Kerajaan PH Batalkan Projek RTS, HSR

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Rakyat Johor masih mengingati tindakan Pakatan Harapan (PH) membatalkan banyak projek mega yang sepatutnya memanfaatkan negeri ini...

MB Johor Onn Hafiz Sedang Berdepan Modus Operandi ‘Pembunuhan Karakter’ – Hafiz Ariffin

MB Johor Onn Hafiz Sedang Berdepan Modus Operandi ‘Pembunuhan Karakter’ – Hafiz Ariffin

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sedang berdepan dengan modus operandi 'pembunuhan karakter' oleh Pakatan Harapan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd