• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azmin, Zuraida Minat Sertai BERSATU

oleh
26/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan bekas Naib Presidennya, Zuraida Kamaruddin, menyatakan hasrat menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Selain itu, sembilan lagi Ahli Parlimen PKR dari kumpulan Mohamed Azmin menzahirkan keinginan sama.

Mereka adalah Datuk Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Baru Bian (Selangau), Datuk Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak), Datuk Mansor Othman (Nibong Tebal), Datuk Rashid Hasnon (Batu Pahat), Datuk Seri Dr Santhara Kumar (Segamat), Ali Biju (Saratok), Willie Mongin (Puncak Borneo) dan Jonathan Yasin (Ranau).

Isnin lalu, 11 Ahli Parlimen itu mengisytiharkan keluar PKR dan Pakatan Harapan (PH).

Sumber memberitahu, mereka bersetuju menjadi sebahagian daripada BERSATU dengan diketuai Mohamed Azmin.

“Saya tak pasti bila mereka akan hantar borang (sertai BERSATU), itu kita serahkan kepada Mohamed Azmin untuk umumkan.

“Ahli Parlimen bukan Bumiputera boleh menyertai BERSATU sebagai ahli bersekutu seperti termaktub dalam perlembagaan parti,” katanya kepada BH.

Julai tahun lalu, Perhimpunan Agung Khas BERSATU meluluskan hampir semua usul dikemukakan Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan BERSATU 2019.

Antara pindaan dipersetujui termasuk mewujudkan keahlian bersekutu dalam kalangan bukan Melayu dan Bumiputera. – BH Online

Tags: BERSATUMohamed Azmin AliZuraida Kamaruddin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jentera PAS Tidak Bantu Calon Bersatu?

Jentera PAS Tidak Bantu Calon Bersatu?

27/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Jentera PAS tidak membantu calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Spekulasi...

Bersatu Dakwa Pengerusi PN Desak Majlis Tertinggi Terima Penyertaan Parti Cinta Malaysia

Bersatu Dakwa Pengerusi PN Desak Majlis Tertinggi Terima Penyertaan Parti Cinta Malaysia

23/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kesal dengan tindakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd