• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahfuz Dakwa PAS, UMNO Anti Perpaduan

oleh
26/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar mendakwa PAS dan UMNO sebagai kumpulan anti perpaduan dan tidak berjiwa Malaysia apabila menolak pembentukan kerajaan perpaduan kerana ia membabitkan DAP.

Beliau juga turut menganggap parti berkenaan sebagai anti kedamaian dan anti Malaysia seperti yang diharapkan rakyat di negara ini.

Katanya, beliau hairan kerana sebelum ini PAS sendiri yang menguar-uarkan cadangan pembentukan kerajaan perpaduan yang tidak melibatkan pembangkang.

“Kenapa hari ini mereka tidak boleh terima DAP sedangkan kalau kita mahu melihat kerajaan tanpa pembangkang, maka kita perlu menerima sesiapa sahaja untuk berada dalam kerajaan bagi membina semula Malaysia untuk lebih maju ke hadapan.

“Saya hairan bagaimana politik flip flop yang dibawa Pas ini sedangkan sebelum ini Pas yang mencadangkan kerajaan perpaduan, namun tiba-tiba menolak kerajaan merentasi sempadan parti politik yang dicadangkan oleh Tun (Dr. Mahathir Mohamad),” katanya melalui rakaman video yang dimuat naik di Facebook beliau malam tadi.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, beliau berasa pelik apabila kumpulan Perikatan Nasional sebelum ini bercadang membawa usul percaya kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri untuk kekal dengan jawatan itu sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Ketika kumpulan ini membawa usul percaya kepada Tun, mereka tahu bersama Tun dalam kerajaan ialah DAP. Maknanya mereka boleh terima kepimpinan Tun untuk bawa kerajaan yang ada DAP.

“Malangnya, mereka menolak cadangan Tun untuk membawa naratif baharu pada politik Malaysia iaitu kerajaan perpaduan yang melibatkan semua parti,” katanya. – Sinar Harian

Tags: AmanahDAPMahfuz OmarPASUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

31/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendedahkan perihal kemelut dalaman Perikatan Nasional (PN), peranan...

Timbalan Presiden PAS Nafi Jawatan Pengerusi PN Dimansuhkan

Timbalan Presiden PAS Nafi Jawatan Pengerusi PN Dimansuhkan

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini menafikan dakwaan partinya dan BERSATU bersetuju untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd