• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penembak Tepat Terbaik Dunia Meninggal Sakit Jantung

oleh
03/10/2017
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANDUNG – Rakyat Indonesia lewat Selasa dikejutkan dengan berita sedih apabila penembak tepat jauh terbaik dunia atau popular disebut sebagai sniper, Tatang Koswara meninggal dunia dalam usia 68 tahun, lapor media tempatan pada Rabu.

Allahyarham yang berasal dari Medan, wilayah Sumatera Utara; menghembuskan nafas terakhir akibat serangan jantung kira-kira pukul 8 malam (atau 9 malam waktu Malaysia) ketika dalam perjalanan menuju ke Hospital Medistra di Jakarta.

Beliau yang bersara pada 1996 dengan pangkat asisten leftenan satu, dilaporkan sibuk seharian sejak akhir-akhir ini apabila ramai wartawan tempatan dan antarabangsa tidak putus-putus datang untuk menemuramah allahyarham di rumahnya.

Malah pada hari Tatang meninggal dunia semalam, beliau sanggup keluar rumah awal pagi dari Cibaduyut di sini ke Jakarta bagi menghadiri banyak sesi wawancara padat silih berganti dengan wakil media massa termasuk stesen televisyen.

Allahyarham yang berniaga warung makanan di sebelah kem Tentera Nasional Indonesia (TNI) di Jalan Aceh di sini selepas pencen; dilaporkan mengadu sakit dada setelah habis temubual live program bicarawara Hitam Putih terbitan TV Trans7.

“Arwah ketika ditemuramah Dedi Corbuzier sudah macam sesak nafas tetapi kami sekeluarga tidak syak apa-apa dan selesai rancangan itu untuk rehat solat Maghrib, dia jatuh pengsan sebelum sempat makan ubat,” jelas isterinya, Tati Hayati.

Allahyarham yang turut berwasiat enggan jenazahnya dikebumikan di Makam Pahlawan Padalarang kerana faktor jarak tempat; meninggalkan seorang balu dan empat orang anak; Pipih Djuaningsih, Ina Marlina, Tubagus Apdi Yudha dan Tanti Melani.

Beliau yang menjadi askar sejak 1967, sepatutnya disemadikan di tanah perkuburan wira republik itu atas jasanya kepada Indonesia; bagaimanapun tetap diberi penghormatan ketenteraan dan keluarganya dibenarkan menetap di kompleks kediaman TNI.

Rahsia kehebatan Tatang cuma didedahkan bekas ketuanya, Leftenan Kolonel Edi Sudarjat, Komandan Pusat Pendidikan Infantri, malah namanya dimasukkan dalam buku Sniper Training, Techniques and Weapons terbitan tahun 2000 oleh Peter Brookesmith.

Beliau adalah antara kumpulan perintis 17 penembak tepat TNI yang dilatih khusus oleh komando marin Amerika Syarikat, Green Berets pada 1974 dan mampu membunuh musuh pada jarak jauh 900 meter dengan senjata khas Winchester model 70.

Allahyarham menjadi penembak tepat terbaik di dunia susulan misi rahsia di Timor Timur pada 1977-1978 dan berjaya membunuh terus ke jantung pemberontak pemisah sebelum pulau bekas jajahan Portugal itu merdeka daripada Indonesia. – Agensi/HAA

— Rakaman terakhir wawancara allahyarham Tatang sebelum beliau meninggal dunia

Tags: BandungIndonesiameninggal duniasniperTNI
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

29/04/2026
0

KEMALANGAN keretapi di Bekasi baru-baru ini menyebabkan kematian 14 orang...dan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd