• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bicara SRC Tangguh, Najib Mengadap Istana Negara

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perbicaraan kes SRC International Sdn. Bhd. yang melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditangguhkan ke hari esok selepas saksi pembelaan masih belum bersedia.

Peguam Najib, Farhan Read memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali bahawa saksi pembelaan, Datuk Rosman Abdullah yang merupakan pengarah urusan Putra Perdana Construction Sdn. Bhd. yang sepatutnya memberi keterangan, masih belum bersedia untuk ditampilkan oleh pihak pembelaan.

Beliau memaklumkan mahkamah bahawa mereka tidak dapat meneruskan dengan keterangan Rosman hari ini.

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pula memberitahu mahkamah bahawa bekas perdana menteri itu terpaksa menghadiri mesyuarat politik di ibu pejabat parti di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada pukul 10.30 pagi ini.

“Anak guam saya perlu menghadiri mesyuarat di PWTC pada pukul 10.30 pagi dan kemudiannya dia diminta ke Istana Negara,” kata Muhammad Shafee.

Muhammad Shafee turut memaklumkan mahkamah bahawa mereka akan memanggil Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya; bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad; bekas ketua setiausaha sulit kanan Najib, Tan Sri Shukry Mohd Salleh dan bekas peguam negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk memberi keterangan minggu depan.

“Esok Rosman akan memberi keterangan manakala Penolong Pesuruhjaya SPRM Mohd Nasharudin Amir akan dipanggil pada hari Khamis,” katanya.

Hakim Mohd Nazlan kemudiannya mengarahkan pihak pembelaan menghantar kenyataan saksi kepada pihak pendakwaan menjelang pukul 5.00 petang ini.

“Pastikan saksi ada di sini esok. Jadi mahkamah ditangguhkan hari ini. Prosiding bersambung esok, pada pukul 2.30 petang,” katanya.

Najib sedang membela diri terhadap tujuh pertuduhan menyelewang RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd., yang terdiri daripada tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT), tiga pertuduhan melakukan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalah guna kuasa membabitkan dana SRC.

Perbicaraan bersambung esok.

Tags: Ahli ParlimenIstana NegaraNajib Tun RazakSRC International
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hari Pertama Anwar Jadi Ketua Pembangkang Sudah Pimpin Ahli Parlimen ‘Keluar Dewan’ – Rahimi

Hari Pertama Anwar Jadi Ketua Pembangkang Sudah Pimpin Ahli Parlimen ‘Keluar Dewan’ – Rahimi

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman berkata insiden Ahli Parlimen bertindak meninggalkan Dewan Rakyat ketika...

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd