• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aktiviti Penjawat Awam Di Putrajaya Seperti Biasa

oleh
24/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Aktiviti penjawat awam di pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan di sini berjalan seperti biasa hari ini ketika negara dilanda desas-desus dengan penjajaran semula landskap politik.

Di sebelah pagi terutamanya sebelum waktu puncak pada jam 8 pagi, penjawat awam tiba di kementerian dan pejabat agensi masing-masing untuk memulakan tugas.

Suasana dan pergerakan di kawasan Perdana Putra, yang menempatkan pejabat-pejabat utama seperti Pejabat Perdana Menteri, Pejabat Timbalan Perdana Menteri dan Pejabat Ketua Setiausaha Negara, juga adalah seperti biasa bagi pelbagai urusan.

Kenderaan rasmi yang membawa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dilihat memasuki Perdana Putra kira-kira jam 8.50 pagi. Kenderaan beliau kemudian dilihat meninggalkan kawasan itu kira-kira jam 10.25 pagi.

Kenderaan berasingan yang membawa suami Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim turut dilihat memasuki Perdana Putra pada 9.36 pagi, sebelum meninggalkan pekarangan kawasan itu pada kira-kira jam 10.25 pagi.

Beberapa kenderaan yang membawa menteri-menteri Kabinet turut dilihat memasuki Perdana Putra pagi ini antaranya Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Menurut seorang pegawai Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dijadualkan memasuki pejabatnya hari ini kerana mempunyai jadual yang telah disusun untuknya.

Dalam pada itu, Majlis Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) berlangsung seperti dijadualkan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), bagaimanapun menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun tidak dapat menghadirinya.

Tags: kerajaan persekutuanPenjawat Awampolitik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

Ini Bukan Masa Untuk Berpolitik Secara Sempit – Mujahid

Ini Bukan Masa Untuk Berpolitik Secara Sempit – Mujahid

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan bahawa kini bukan masa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd