• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Sahkan Tandatangan SD Sokong Gabungan Baharu

oleh
23/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan ahli Parlimen UMNO dilaporkan sudah bersetuju dengan gabungan baharu yang bakal dibentuk di Putrajaya tetapi dengan syarat tertentu.

Bercakap kepada portal The Malaya Post, Najib mengesahkan sudah menandatangani akuan berkanun (SD) bagi membolehkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad membentuk gabungan baharu yang dinamakan Perikatan Nasional.

“Ya, saya sudah tandatangan, namun bersyarat,” katanya.

Perikatan Nasional yang bakal dibentuk adalah gabungan dari parti Bersatu, UMNO, Pas, Warisan dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Hari ini, lima mesyuarat parti-parti besar telah menarik perhatian media tetapi perbincangan diadakan secara tertutup.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengadakan mesyuarat khas di ibu pejabat parti di Menara Yayasan Selangor di Petaling Jaya.

Ia dipengerusikan oleh Dr. Mahathir yang enggan mengulas semasa perdana menteri berusia 94 tahun itu diserbu pemberita semasa beliau meninggalkan premis itu.

Menyertai Dr. Mahathir pada mesyuarat itu ialah Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin; Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir; Setiausaha Agung Datuk Marzuki Yahya; dan Ketua Armada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Sementara di sebuah hotel yang tidak jauh dari ibu pejabat Bersatu, turut berlangsung pertemuan sejumlah pemimpin yang dipercayai dari kem Mohamed Azmin.

Antara pemimpin berkenaan ialah Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin, Datuk Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Datuk Rashid Hasnon (Batu Pahat) dan Maria Chin Abdullah (Petaling Jaya).

Aktivis sosial, Hishamuddin Rais serta penasihat Azmin, Khalid Jaafar juga menyertai pemimpin-pemimpin itu.

Sementara itu, Ketua Menteri Sarawak, Abang Johari Openg dan Ketua Menteri Sabah, Shafie Apdal dilihat berada di hotel sama tengah hari ini, menambah lagi spekulasi berkenaan pertemuan poltik yang berlangsung di Kuala Lumpur, dan sekitarnya.

Abang Johari mempengerusikan mesyuarat bersama anggota parlimen dan pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) selama dua jam dan meninggalkan Hotel Ritz Carlton pada kira-kira pukul empat petang.

Beliau kemudian kembali pada kira-kira pukul 5.30 petang. Shafie tiba tidak lama kemudian.

Ketika Abang Johari sudah meninggalkan hotel itu, sejumlah anggota parlimen dan pemimpin parti dilihat masih berada di sana. – Sinar Harian

Tags: akuan bersumpahMahathir MohamadNajib Tun Razakperikatan nasional
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tak Salah Penyokong PN Mengundi BN, Malaysia Negara Demokrasi

Tak Salah Penyokong PN Mengundi BN, Malaysia Negara Demokrasi

13/07/2026
0

PAKATAN Harapan (PH) membawa naratif kemenangan besar Barisan Nasional (BN) Johor kerana penyokong Perikatan Nasional (PN) khususnya PAS beralih menyokong...

Adakah PH Bakal Kuasai Johor Esok?

Adakah PH Bakal Kuasai Johor Esok?

10/07/2026
0

RAMALAN Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin Pakatan Harapan (PH) akan menang sekurang-kurangnya 30 kerusi DUN Johor tidak sepatutnya dijadikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd