• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khalid Nafi Biadab Terhadap Mahathir

oleh
23/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad menafikan beliau bersikap biadab terhadap Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) pada Jumaat lalu.

Jelasnya, dakwaan mengatakan beliau ialah pemimpin yang menawarkan pilihan kepada Dr. Mahathir untuk memegang mana-mana jawatan menteri sekiranya melepaskan jawatan sebagai pemimpin nombor satu negara adalah khabar angin semata-mata.

“Saya menafikan membuat kenyataan yang sebegitu rupa dan sesiapa yang konon membuat kenyataan (menyebut namanya) itu yang menjadi sumber kepada maklumat songsang, saya minta dia beritahu diri dia siapa dan saya pun hendak tahu Ahli Majlis Presiden yang mana satu.

“Kalau benarlah sumber itu daripada anggota Majlis Presiden, saya hendak tahu yang mana satu supaya saya boleh saman dia.

“Tapi kalau ia datang daripada khabar angin yang tidak ada sumber yang jelas, maka saya harap semua orang tolak kerana ia khabar angin kerana saya tidak ada membuat tawaran itu pada Tun (Dr. Mahathir),” katanya pada sidang akhbar khas di pejabat Kementerian Wilayah Persekutuan di sini.

Beliau mengulas laporan portal berita yang mendakwa dirinya ialah pemimpin yang bersikap biadab terhadap Dr. Mahathir dalam mesyuarat yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini. 

Khalid yang juga Menteri Wilayah Persekutuan turut mendedahkan ucapan beliau dalam mesyuarat yang dikatakan berlangsung tegang Jumaat lalu berkisar kepada dua perkara penting.

Kata beliau, perkara itu melibatkan penetapan tarikh peralihan kuasa Dr. Mahathir kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan cadangan untuk Anwar dilantik sebagai Menteri Kabinet.

“Pertama, saya beri pandangan bahawa tarikh peralihan kuasa perlu ditetapkan untuk elak diambil kesempatan oleh golongan yang hendak mengkhianati PH dan memecahbelahkan PH.

“Yang kedua, saya menyatakan yang Anwar mesti berada dalam Kabinet sekarang kerana sekarang ini dilihat beliau macam terasing dan tidak jadi sebahagian daripada pasukan kita dan bila ini berlaku, maka akan kelihatan bahawa PH tidak bersatu,” katanya.

Bagaimanapun Khalid berkata, cadangan menetapkan tarikh peralihan kuasa tidak dipersetujui manakala cadangan menawarkan jawatan menteri kepada Anwar tidak dijawab oleh Ahli Parlimen Port Dickson itu. – Sinar Harian

Tags: Khalid SamadMahathir Mohamadpakatan harapan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Johor Masih Ingat Kerajaan PH Batalkan Projek RTS, HSR

Rakyat Johor Masih Ingat Kerajaan PH Batalkan Projek RTS, HSR

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Rakyat Johor masih mengingati tindakan Pakatan Harapan (PH) membatalkan banyak projek mega yang sepatutnya memanfaatkan negeri ini...

MB Johor Onn Hafiz Sedang Berdepan Modus Operandi ‘Pembunuhan Karakter’ – Hafiz Ariffin

MB Johor Onn Hafiz Sedang Berdepan Modus Operandi ‘Pembunuhan Karakter’ – Hafiz Ariffin

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sedang berdepan dengan modus operandi 'pembunuhan karakter' oleh Pakatan Harapan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd