• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemimpin Kerajaan, Pembangkang Kumpul Di Hotel

oleh
23/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pemimpin Barisan Nasional (BN) mula tiba di Hotel Sheraton ketika spekulasi pembentukan kerajaan baharu bertiup kencang.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di hotel berkenaan pada jam 7.10 malam bersama beberapa Ahli Parlimen BN yang lain.

Antara yang kelihatan, Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor; Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor; Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman dan Ahli Parlimen Paya Besar, Mohd Shahar Abdullah.

Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Seri Dr. Adham Baba yang ditemui mengesahkan arahan diterima pucuk pimpinan parti untuk datang ke hotel ini, malam ini.

“Ya, arahan semua pemimpin (BN) ke sini. GPS (Gabungan Parti Sarawak), WARISAN (Parti Warisan Sabah), mungkin juga (hadir),” katanya ringkas ketika ditemui.

Terdahulu beberapa Ahli Parlimen PKR tiba di hotel ini. Ahli Parlimen Jeli dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Mustapha Mohamad juga tiba sebentar tadi. – BH Online

Tags: BERSATUGPSPASUMNOwarisan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerjasamalah Wahai PAS-UMNO, Jangan Tamak Kerusi

Kerjasamalah Wahai PAS-UMNO, Jangan Tamak Kerusi

06/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS dan UMNO diingatkan supaya tidak tamak dalam soal pembahagian kerusi sekiranya benar-benar mahu menjayakan kerjasama politik...

UMNO-PAS Jangan Kecewakan Orang Melayu Lagi

UMNO-PAS Jangan Kecewakan Orang Melayu Lagi

05/09/2026
0

KALAU benar UMNO dan PAS mahu menghidupkan kembali penyatuan ummah buatlah betul-betul. Bercakap soal penyatuan tapi macam-macam cekadaknya. Banyak perbedaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd