• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mesyuarat Majlis Presiden PH Tegang Itu Biasa – Anwar

oleh
22/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGI – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap ketegangan yang berlaku pada Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) malam tadi sebagai biasa.

Jelas beliau, apa yang penting bagi dirinya ialah tiada pihak yang mempertikai tentang proses peralihan kuasa akan berlaku antara beliau dengan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Mesyuarat ini kalau demokratik dia tegang sikit biasalah tetapi saya tidak fikir ia jadi satu isu yang penting kerana tiada orang pertikai tentang transisi dan keputusan kita bahawa Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri ke-7 dan Anwar Perdana Menteri ke-8.

“Cuma (kita bincang) waktu itu keadaan yang sesuai dan kita serah kepada kebijaksaan Dr. Mahathir.

“Jadi soal tegang itu saya fikir biasa kalau nak pastikan ada perbincangan tidak panas itu susahlah syaratnya mesti ada kebebasan bersuara,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Himpunan Enam Dekad Keluarga Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) di sini hari ini.

Lewat malam semalam, Dr. Mahathir mengumumkan bahawa Majlis Presiden PH sebulat suara bersetuju membenarkan beliau membuat keputusan bagi peralihan jawatan perdana menteri.

Bagaimanapun difahamkan, berlaku ketegangan dalam mesyuarat itu apabila Bersatu mengugut keluar daripada pakatan tersebut jika Amanah, DAP dan PKR terus mendesak Dr. Mahathir.

Dalam pada itu, Anwar berkata, beliau telah mengarahkan semua kepimpinan PKR supaya tidak melakukan sebarang serangan dan kecaman terhadap keputusan yang telah dicapai.

“Saya tidak boleh arah parti yang lain tetapi saya boleh gesa mereka supaya hormati keputusan dan tumpuan kita ialah ekonomi dan Covid-19 itu menyebabkan kita ambil keputusan tersebut.

“Jadi saya rayu dan gesa kawan-kawan hormati keputusan ini dan dari segi kepimpinan PKR saya tidak akan benarkan umpamanya serangan dan kecaman terhadap keputusan ini,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Anwar IbrahimMahathir Mohamadpakatan harapanperalihan kuasa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kebajikan tiga gajah Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Jepun perlu menjadi keutamaan Kementerian Sumber...

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO Negeri Sembilan lebih rela menjadi pembangkang daripada bersama Pakatan Harapan (PH) dalam pentadbiran kerajaan negeri itu....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd