• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli Armada Bersatu Berhimpun Sokong Pentadbiran Mahathir

oleh
21/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seramai 200 ahli Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengadakan perhimpunan aman menyokong pentadbiran Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sempena Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini malam ini.

Perhimpunan yang bermula kira-kira jam 8 malam itu menyaksikan kumpulan penyokong berkenaan turut memegang kain rentang menyokong Dr. Mahathir.

Exco Armada Bersatu Pusat, Mohd Fahim Mohd Farid berkata, himpunan itu diadakan untuk memberi sokongan 100 peratus kepada kepimpinan Dr. Mahathir.

“Kalau Dr. Mahathir kata peralihan kuasa akan berlaku selepas Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) pada November ini, maknanya selepas APEC. Jangan desak beliau. Rakyat dah muak dengan isu ini,” katanya.

Sebelum ini, dilaporkan sebanyak 138 Ahli Parlimen dikatakan menandatangani akuan bersumpah (SD) supaya Dr. Mahathir kekal sebagai Perdana Menteri sehingga tamat penggal pentadbiran kerajaan semasa.

SD itu dikatakan membabitkan 18 ahli Parlimen PAS, 26 ahli Parlimen PKR, sekurang-kurangnya 13 daripada 39 ahli Parlimen UMNO dan 26 ahli Parlimen Bersatu. – Sinar Harian

Tags: BERSATUMahathir MohamadMajlis Presiden PHpakatan harapan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sokongan Terhadap PH, DAP Meningkat Selepas Sidang Khas RCI Tabung Haji?

Sokongan Terhadap PH, DAP Meningkat Selepas Sidang Khas RCI Tabung Haji?

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Sokongan rakyat khususnya orang Melayu terhadap Pakatan Harapan (PH) di platform media sosial dipercayai meningkat selepas sidang...

Tsunami Rakyat Gelombang Merah Akan Bermula Di Perak – Nga Kor Ming

Tsunami Rakyat Gelombang Merah Akan Bermula Di Perak – Nga Kor Ming

10/08/2026
0

IPOH - Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming mendakwa tsunami rakyat gelombang merah akan bermula di bumi bertuah Perak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd