• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ali Puteh Mahu Jumpa Kakak Ipar Mohon Maaf

oleh
21/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Enggan memanjangkan kontroversi berhubung dakwaan membolot harta peninggalan abang, Allahyarham Abam Bocey, pelawak Ali Puteh mahu berjumpa kakak iparnya untuk memohon maaf.

Ali atau nama sebenarnya, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Rizuan, 31, berkata dia merancang bertemu kakak iparnya, Siti Nurhidayah Mohd Ali, secara tertutup bagi menyelesaikan kemelut itu.

“Sekiranya keadaan menjadi bertambah teruk, kami akan kumpulkan semua wang sedekah orang ramai dan serahkan kepada Nurhidayah di rumahnya.

“Di situ sesi permohonan maaf antara kami  akan berlaku. Namun, ia dibuat secara tertutup kerana kami tak mahu aib keluarga terus dijaja,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Angota kumpulan Puteh ini turut memohon maaf kepada kakak ipar berikutan status berbaur emosi dan kasar yang dikongsi di laman sosial, baru-baru ini.

“Saya mendapat tahu mengenai kenyataan yang dikeluarkan Nurhidayah apabila ramai yang menelefon saya untuk bertanya. Saya sangat terkejut dan mengucap panjang.

“Dalam keadaan marah, saya terus memuat naik status itu. Pada kesempatan ini, saya ingin meminta maaf kepada kakak ipar atas kesilapan yang dilakukan,” katanya.

Kontroversi isu membolot harta tercetus apabila Nurhidayah memberitahu dalam temubual yang dibuat secara langsung melalui Instagram (IG) usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri, mendakwa ada beberapa kekangan yang dihadapinya selepas pemergian arwah. Ini termasuk isu harta peninggalan seperti kereta yang dikatakan diurus keluarga Abam.

Bagaimanapun, semalam, melalui temubual secara langsung di IG, Ali menafikan dakwaan dia mahu membolot harta sambil menyatakan alasan berbuat demikian.

Ditanya apakah tindakan yang ingin diambil terhadap Aliff yang didakwanya menjadi dalang di sebalik kemelut yang timbul, Ali berkata, dia berharap ahli perniagaan itu bertaubat.

“Bertaubatlah Aliff, selagi pintu taubat masih terbuka. Tindakannya itu sudah memecah belahan hubungan kekeluargaan kami.

“Saya juga berharap dia dapat berjumpa dengan ibu saya dan memohon maaf padanya,” katanya. – BH Online

Tags: Abam Boceyali putehmeninggal duniapelawakSiti Nurhidayah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kematian Dicemburi, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Dalam Sujud Di Surau

Kematian Dicemburi, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Dalam Sujud Di Surau

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub SUNGAI PETANI – Seorang lelaki warga emas meninggal dunia dalam keadaan sujud ketika menunaikan solat sunat di Surau...

Chuck Norris Meninggal Dunia Pada Usia 86 Tahun

Chuck Norris Meninggal Dunia Pada Usia 86 Tahun

21/03/2026
0

HOLLYWOOD, 21 Mac 2026 – Dunia hiburan antarabangsa dikejutkan dengan berita pemergian legenda seni mempertahankan diri dan pelakon terkenal, Chuck...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd