• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menteri Indonesia Cadang Orang Kaya Kahwini Orang Miskin

oleh
20/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Menteri Koordinasi Pembangunan Manusia dan Kebudayaan Indonesia, Muhadjir Effendy mencadangkan orang kaya di negaranya mengahwini mereka yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah, dengan memberi alasan perkahwinan seumpama itu boleh mengurangkan kadar kemiskinan.

Muhadjir berkata, di Indonesia, negara majoriti Islam, pengajian agama untuk ‘mendapatkan pasangan yang secocok’ telah disalah ertikan.

“Apa akan berlaku jika orang miskin mencari (pasangan) dengan orang miskin? Akan terdapat banyak lagi isi rumah yang miskin. Ini adalah masalah di Indonesia,” kata Muhadjir ketika berucap pada Mesyuarat Kerja Kesihatan Nasional di Jakarta.

Memetik data kerajaan, bekas Menteri Pendidikan dan Kebudayaan itu berkata, bilangan isu rumah miskin adalah kira-kira 5 juta.

“Bilangan isi rumah Indoinesia ialah 57.1 juta, 9.4 peratus atau 5 juta yang dikategorikan sebagai miskin, Jika ditambah dengan isi rumah yang hampir miskin, ia adalah kira-kira 16.8 peratus atau 15 juta isi rumah,” kata Muhadjir seperti dipetik tempo.com.

Beliau berkata, peningkatan kemiskinan juga selari dengan peningkatan penyakit seperti terencat. Oleh itu, katanya, pengeluaran ‘fatwa’ untuk membolehkan perkahwinan seperti itu boleh menjadi jalan penyelesaian.

Muhadjir mencadangkan Menteri Hal Ehwal Agama, Fachrul Razi mengeluarkan fakwa yang mengarahkan ‘orang miskin perlu melihat kepada orang kaya (untuk berkahwin) dan orang kaya sepatutnya melihat kepada orang miskin’.

Bagaimanapun, di Indonesia, mengeluarkan fakwa bukannya tanggungjawab Menteri Hal Ehwal Agama kerana fatwa pada kebiasaannya dikeluarkan oleh organisasi Islam, termasuk Majlis Ulama Indonesia (MUI) selepas kajian komprehensif dilakukan oleh Suruhanjata Fatwa atau pakar-pakar agama dalam bidang-bidang berkaitan.

Selain fatwa, Muhadjir juga mencadangkan program pensijilan pra perkahwinan dilakukan, yang mana pasangan yang tidak mempunyai ekonomi yang stabil tetapi mahu berkahwin perlu menerima kad pra pekerjaan daripada program yang dilancarkan Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo, lapor The Jakarta Post.

Muhadjir berkata, program pra perkahwinan seumpama itu, yang mana beliau mendakwa telah dilaksanakan di beberapa buah negara seperti Korea, Malaysia dan Singapura, akan mengurangkan kadar keluarga miskin baharu di Indonesia.

“Matlamatnya selepas perkahwinan, pasangan akan membentuk isi rumah yang stabil ekonominya,” katanya. – Agensi

Tags: IndonesiaMenteriorang kayaorang miskin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden MIC, Kohilan Pillay menyuarakan kebimbangan terhadap kenaikan mendadak harga diesel di Malaysia yang didakwa...

Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM

Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Dakwaan Malaysia menyerahkan seluas 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan bagi tiga kampung di Nunukan, Sabah-Kalimantan adalah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd