• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Emma Maembong Sah Isteri Shazli

oleh
20/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON Emma Maembong sah bergelar isteri kepada Muhammad Shazli Azhar, 32 , dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan di Dunia Melayu Bukit Damansara jam 11.59 pagi, hari ini.

Emma, 27, atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail yang berwalikan bapanya, Ismail Embong dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohammad Akmal Abdul Aziz.

Pada majlis itu, Emma menerima mas kahwin RM2,000 berserta senaskhah Al-Quran berserta lima dulang hantaran daripada pihak lelaki dengan wang hantaran dirahsiakan, manakala pihak perempuan menyerahkan tujuh dulang.

Pelakon Cemburu Seorang Perempuan terbabit mengakui sangat bersyukur akhirnya impian mendirikan rumah tangga berjalan lancar.

“Pada Oktober tahun lalu, keluarga Shazli datang merisik dan selepas dua bulan mengenali diri masing-masing, kami sepakat untuk berkahwin. Semuanya bagai tersusun cantik.

“Saya sukakan dia kerana dia sangat matang dan mementingkan keluarga. Dia juga enggan membuang masa dalam hubungan ini dan demikian juga saya.

“Saya percaya ada hikmah tersendiri hingga menyatukan kami menjadi pasangan suami isteri yang sah meskipun dalam per kenalan yang singkat. Insyallah fasa baru ini akan terus mematangkan saya dan Shazli,” katanya.

Dalam pada itu, Shazli menyifatkan Emma menepati ciri wanita idamannya disebabkan perwatakannya yang begitu tegas tapi baik.

“Apabila membuat keputusan, dia seorang yang tegas. Dia sentiasa utamakan keluarga dan tahu apa yang diinginkan dalam hidup.

“Dia juga memiliki hati yang sangat baik dan disenangi ramai kawan,” katanya.

Pasangan itu dijadualkan bakal mengadakan majlis resepsi di Putrajaya pada 7 Mac depan manakala majlis berinai akan diadakan sehari sebelum.

Terdahulu, Emma dilaporkan bakal melangsungkan pernikahan dengan lelaki pilihannya dikenali sebagai Mr. S yang bekerja sebagai juruterbang dan bukannya daripada kerabat diraja.

Difahamkan, majlis pernikahan itu berlangsung secara tertutup membabitkan keluarga dan rakan terdekat kedua belah keluarga saja.

Emma dan bakal suami menjalin hubungan cinta dalam tempoh singkat sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin. – myMetro Online

Tags: Artis KahwinEmma Maembongpelakon
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd