• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jumlah Kematian Covid-19 Di China Cecah 2,118 Orang

oleh
20/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Jumlah orang yang dijangkiti koronavirus (Covid-19) di seluruh tanah besar China mencecah 74,576, dengan 2,118 pesakit meninggal dunia, lapor agensi berita Sputnik memetik Suruhanjaya Kesihatan Negara pada Khamis.

“Suruhanjaya itu menerima maklumat mengenai 74,576 kes disahkan dari 31 wilayah (rantau dan majlis perbandaran) termasuk 56,303 pesakit, 11,864 dalam keadaan kritikal, 2,118 meninggal dunia dan 16,155 dibenarkan keluar hospital,” kata suruhanjaya dalam satu kenyataan.

Dalam tempoh 24 jam lalu, pihak berkuasa mendaftarkan sebanyak 394 kes baharu dan 114 kematian termasuk 108 orang di wilayah Hubei.

Dalam tempoh sama, 1,277 kes baharu disyaki direkodkan manakala lebih 126,000 orang yang berhubung dengan pesakit berada di bawah pemantauan perubatan.

Jumlah kes yang disahkan di Hong Kong pula 65 dengan dua pesakit meninggal dunia dan lima lagi dibenarkan keluar hospital. Di Macau, 10 orang yang dijangkiti, enam tidak lagi berada di bawah pemantauan perubatan. Sementara di Taiwan jumlah yang dijangkiti mencecah 24 orang dengan satu kematian dan dua lagi disahkan pulih.

Covid-19 mula dikesan di bandar Wuhan di wilayah Hubei pada Disember, sejak itu virus tersebut merebak ke lebih 25 negara. Pada akhir Januari, Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan darurat kesihatan global.

Tags: ChinaCovid-19koronavirus
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

10/04/2026
0

Oleh Mynewshub  SEORANG lelaki warga China dilaporkan mencetuskan kekecohan di sebuah kedai pengurup wang selepas mempertikaikan status mata wang dari...

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Kerajaan China mengumumkan bantuan kemanusiaan kepada keluarga pelajar Iran yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd