• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenyataan Abbott Lukakan Hati Waris

oleh
20/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kenyataan bekas Perdana Menteri Australia, Tony Abbott yang mengaitkan kehilangan pesawat MH370 milik Malaysia Airlines dengan teori pembunuhan diri boleh mengguris hati waris mangsa yang selama ini terluka hati berikutan insiden itu kekal misteri sehingga hari ini.

Bekas Pengerusi Lembaga Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman berkata, teori pembunuhan beramai-ramai seperti didakwa Abbott tidak dapat dibuktikan berhubung kehilangan pesawat tersebut pada tahun 2014.

“Tragedi itu masih misteri sehingga ke hari ini. Teori pembunuhan beramai-ramai seperti didakwa Abbott adalah salah satu teori tetapi tidak dapat dibuktikan.

“Saya berjumpa dengan Abbott ketika melakukan siasatan MH370 tetapi saya tidak pernah mengesahkan teori atau bercakap dengannya secara peribadi.

“Beliau mendakwa pegawai tinggi kerajaan Malaysia memaklumkan mengenai perkara itu kepadanya, namun bagi saya ia hanya satu teori,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Azharuddin yang juga bekas Pengerusi Pasukan Petugas Teknikal Peringkat Tinggi MH370 (HLTTF) mengulas mengenai kenyataan Abbott yang mendakwa diberitahu pegawai tinggi kerajaan Malaysia bahawa insiden itu adalah pembunuhan diri.

Abbott menerusi satu temu bual eksklusif dalam dokumentari Sky News mendakwa, beliau dimaklumkan pegawai berkenaan bahawa kerajaan Malaysia berasakan perkara itu dirancang juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah mengakibatkan kehilangan pesawat yang membawa seramai 239 penumpang. – Sinar Harian

Tags: Kehilangan PesawatMalaysia AirlinesMH370Tony Abbott
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd