• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Nafi Mahu Wujud Kerajaan Pintu Belakang

oleh
19/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Ketua Penerangan PAS, Kamaruzaman Mohamad menafikan parti itu mahu mewujudkan kerajaan pintu belakang, sebaliknya menyokong tindakan yang tidak bercanggah dengan undang-undang.

“Satu stigma perlu dibetulkan apabila ada yang cuba mengistilahkan pembentukan kerajaan baru sebelum tempoh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sebagai cubaan menubuhkan kerajaan pintu belakang.

“Kita kena ingat, negara kita ada lunas undang-undang dan PAS dalam Muafakat Nasional akan menyokong apa sahaja tindakan yang tidak bercanggah dengan undang-undang,” katanya.

Kamaruzaman berkata demikian pada program Sinar Live yang membincangkan tajuk ‘Kerajaan pintu belakang, apa kata PAS’ yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Sinar Harian semalam.

Sebelum itu, beliau berkata, sebelum kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerintah, PAS sudah memperkenal budaya politik baharu yang dinamakan sebagai budaya politik matang dan sejahtera.

“Dalam keadaan ini di mana PAS sebagai pembangkang, kita bekerjasama dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada masa itu dalam isu-isu melibatkan kepentingan bersama rakyat dan negara.

“Contohnya, kita bersama dalam isu rakyat Palestin dan Bolivia, kita bersama dalam isu-isu lain yang dilakukan demi untuk kebaikan negara dan pada masa ini kita masih meneruskan budaya itu.

“Dalam keadaan tertentu kita menentang kerajaan kerana kita yakin tindakan kerajaan merugikan negara dan dalam masa tertentu juga kita tetap menyokong kerajaan dan perkara itu boleh dilihat,” katanya.

Dalam pada itu beliau turut menegaskan bahawa sejak 1951 PAS tidak pernah mengkhianati rakan-rakan politik, sebaliknya parti itu yang dikhianati termasuk oleh DAP ketika bersama dalam Pakatan Rakyat.

Namun katanya, sehingga kini PAS tetap berpegang kepada prinsip perjuangannya dan tidak pernah takut untuk bersama dengan siapa sahaja demi membawa kebenaran serta kebaikan untuk negara. – Sinar Harian

Tags: Kamaruzaman Mohamadkerajaan pintu belakangPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Alhamdulilah. Allah Makbulkan Doa Kita Selama Ini” – Hantaran Akmal Saleh Cetus Tanda Tanya

“Alhamdulilah. Allah Makbulkan Doa Kita Selama Ini” – Hantaran Akmal Saleh Cetus Tanda Tanya

23/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Hantaran Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh di media sosial yang memaparkan gambar beliau bersalaman...

“Allah Tunjukkan Sikap Autoritarian Dan Politik Kotor PAS” – Ketua Penerangan Bersatu

“Allah Tunjukkan Sikap Autoritarian Dan Politik Kotor PAS” – Ketua Penerangan Bersatu

18/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa tindakan terkini Perikatan Nasional...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd