• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Tiada Kepentingan Dalam Projek Solar” – Saksi

oleh
18/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang bekas pegawai kanan Kementerian Pendidikan memberitahu perbicaraan rasuah Rosmah Mansor di Mahkamah Tinggi hari ini, beliau tiada kepentingan dalam projek panel solar bagi sekolah Sarawak yang bernilai RM1.25 bilion.

Madinah Mohamad yang juga ketua setiausaha kementerian itu dari 2013 hingga 2016, berkata demikian ketika ditanya peguam Akberdin Abdul Kader, kenapa beliau menandatangani surat tawaran projek solar kepada Jepak Holdings Sdn. Bhd. pada hari terakhir beliau di kementerian berkenaan (2 September 2016).

Akberdin memetik pernyataan saksi Madinah berkata, wanita itu mengkritik projek solar itu tidak berdaya maju dan terlalu mahal.

Peguam itu berkata: “Saya katakan Tan Sri (Madinah) gagal dalam tugasnya memberi penjelasan kepada perdana menteri (Najib Razak) mengenai projek solar Jepak dahulu.”

“Saya tidak setuju. Saya memaklumkan beliau (Najib) di Parlimen yang Kementerian Pendidikan tidak boleh melaksanakan projek solar ini kerana kita tiada dana mencukupi dan ada isu yang tidak dijelaskan dengan betul kepada kami,” kata Madinah.

Saksi itu berkata, walaupun Kementerian Pendidikan mempunyai kuasa menolak permohonan projek jika syarat tertentu tidak dipenuhi, beliau bagaimanapun tidak dapat berbuat demikian untuk projek solar itu.

“Saya terima nota Menteri Pendidikan (Mahdzir Khalid) untuk melaksanakan arahan bertulis Datuk Seri Najib dan ini keputusan muktamad.”

Katanya, Najib pada 23 November 2015 dan 2 Jun 2016 memberi arahan bertulis kepada Kementerian Pendidikan untuk membenarkan Jepak Holdings melaksanakan projek solar itu.

Ditanya sama ada beliau tahu sesetengah sekolah sudah memasang panel solar sebelum kerajaan bertukar kepada genset untuk bekalan elektrik, Madinah berkata, beliau tidak pasti jumlah sekolah yang terbabit.

“Apabila saya menjadi ketua setiausaha, tiada rancangan untuk kembali menggunakan panel solar bagi bekalan elektrik.”

Perbicaraan akan diteruskan di depan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan pada 19 Februari ini.

Rosmah berdepan 3 pertuduhan rasuah atas dakwaan meminta suapan RM187.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn. Bhd., Saidi Abang Samsudin sebagai dorongan untuk membantu syarikat itu mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyelenggaraan serta Operasi Genset/Diesel bagi 369 Sekolah Luar Bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.

Beliau turut didakwa menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Saidi antara 2016 dan 2017. – FMT

Tags: madinah mohamadprojek tenaga solarsarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Objek Disyaki Serpihan Angkasa Dikesan di Ruang Udara Sarawak

Objek Disyaki Serpihan Angkasa Dikesan di Ruang Udara Sarawak

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menasihati orang ramai agar tidak menyentuh sebarang objek mencurigakan yang mungkin...

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) memfailkan suatu notis usul di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya bagi mendapatkan penjelasan berhubung kerangka kawal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd