• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Melaka Nafi Kerajaan Pakatan Nasional Bakal Dibentuk

oleh
18/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Walaupun desas-desus mengenai pembentukan kerajaan Pakatan Nasional semakin menjadi-jadi, tetapi DAP tetap menafikan perkara itu.

Terbaru, seorang pemimpin PKR Melaka, G. Rajendran menyatakan bahawa Melaka mungkin menyaksikan pembentukan kerajaan Pakatan Nasional yang pertama di negara ini.

Katanya, beberapa pemimpin PKR dan Bersatu telah berbincang untuk membentuk kerajaan bersama dengan UMNO untuk melantik seorang Ahli Majlis Mesyuarat Negeri (Exco) bagi menggantikan Adly Zahari sebagai Ketua Menteri Melaka.

Pengerusi DAP Melaka yang juga anggota Exco negeri, Tey Kok Siew ketika dihubungi Kwong Wah Yit Poh bagaimanapun menafikan kemungkinan itu. Walau bagaimanapun, beliau percaya “berlaku sesuatu” sehingga ketidakhadiran anggota Exco dalam mesyuarat telah dimanipulasi untuk menyebarkan khabar angin dan mengelirukan rakyat.

“Walaupun pilihan raya sudah berlalu dua tahun, tetapi masih ada orang yang menyebarkan berita palsu tentang pertukaran kerajaan dan pertukaran ketua menteri,” katanya kepada Kwong Wah Yit Poh.

Tegas Kok Kiew, wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) masih memberi sokongan padu kepada kepimpinan Adly.

Mengenai seorang Exco mengundurkan diri daripada kumpulan WhatsApp, Kok Kiew mengesahkan ia benar-benar pernah berlaku, tetapi pemimpin itu sudah kembali ke kumpulan.

“Ini bukannya berkaitan dengan hal kerajaan negeri, tetapi berkaitan hal agensi kerajaan,” katanya.

Mengenai seorang anggota Exco yang sering tidak hadir mesyuarat pula, Kok Kiew berkata, dirinya juga pernah tidak hadir mesyuarat atas sebab tertentu.

“Ini bukan perkara yang luar biasa, tetapi ia telah diperbesarkan oleh pihak yang mempunyai agenda tertentu.

“Anggota Exco itu ada hadir mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri minggu lalu.“Exco itu juga memberitahu bahawa beliau bukannya tidak berpuas hati dengan kerajaan negeri, tetapi sibuk dengan urusan lain termasuk pemilihan parti,” kata Kok Kiew sambil menegaskan mesyuarat dijalankan dalam suasana baik.

Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dipetik China Press sebagai berkata, berita mengenai pembubaran PH dan kerjasama antara PH dengan pembangkang adalah berita palsu kerana kedua-dua keadaan itu tidak akan berlaku.

“Saya harap kalian jangan percaya berita palsu ini. Seperti yang dikatakan Tun Dr. Mahathir Mohamad, sesetengah laporan yang bertujuan membuat beliau bergaduh dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tidak benar,” kata Guan Eng. – MalaysiaGazette

Tags: DAP Melakapakatan nasionalpkr melaka
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Melaka: DAP Bersedia Bertanding Solo Selepas Ekonomi Pulih

PRN Melaka: DAP Bersedia Bertanding Solo Selepas Ekonomi Pulih

17/05/2026
0

MELAKA - Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) 12 Cawangan DAP Melaka sebulat suara bersetuju Pakatan Harapan (PH) perlu bersedia untuk bertanding...

Tunggu Mahathir Umumkan Pakatan Baru – Annuar Musa

23/02/2020
0

PETALING JAYA - Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa memberi bayangan bahawa penguasaan Pakatan Harapan (PH) akan berakhir susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd