• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kematian Akibat COVID-19 Melebihi 1,800 Orang

oleh
18/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Kadar kematian akibat coronavirus (COVID-19) mencecah 1,868 orang hari ini selepas 98 lagi mangsa maut di Hubei.

Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan melaporkan, hampir 72,500 di seluruh China dijangkiti COVID-19, yang berpunca di Wuhan, Hubei sebelum merebak ke wilayah lain.

Hari ini, 1,886 kes baharu dilaporkan, berkurangan berbanding semalam dan juga kadar peningkatan harian paling rendah dicatatkan sepanjang bulan ini.

Semua kematian berlaku di Hubei kecuali lima di kawasan lain, sekali gus mendorong pihak berkuasa mengisytiharkan perintah berkurung dan menutup wilayah dengan lebih 57 juta penduduk itu bagi mengekang penularan COVID-19.

Jumlah kes baharu positif COVID-19 di luar Hubei hari ini hanya 79, jauh lebih rendah berbanding 890 kes pada 4 Februari lalu, yang juga angka penambahan terendah di kawasan penularan wabak sejak 23 Januari lalu.

Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan berkata pengurangan itu menunjukkan wabak terbabit kini dalam keadaan terkawal.

Bagaimanapun, Ketua Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Tedros Adhanom Ghebreyesus, berkata sebarang kesimpulan harus dibuat secara berhati-hati.

“Trend boleh berubah apabila mangsa baharu dijangkiti, masih terlalu awal bagi memastikan sama ada pola pengurangan ini akan berterusan, apa-apa saja boleh berlaku,” katanya.

Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan turut menggesa pesakit yang sudah sembuh daripada serangan coronavirus itu menderma darah supaya plasma daripada darah itu dapat digunakan bagi merawat pesakit lain yang kritikal.

Plasma pesakit yang sembuh daripada serangan pneumonia akibat COVID-19 mengandungi antibodi yang boleh membantu mengurangkan virus dalam pesakit kritikal.

Setakat ini, lebih 12,000 orang sudah sembuh daripada serangan coronavirus dan dibenarkan pulang. – Agensi

Tags: ChinacoronavirusCovid-19hubei
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

20/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Akaun Tiktok ekyn.wong hari ini memuat naik kenyataan permohonan maaf oleh individu bernama Nur Asyiqin Mohd Dalil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd