• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Tak Halang Kapal Persiaran, Kapal Kargo Berlabuh

oleh
13/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELABUHAN KLANG – Kerajaan tidak merancang untuk menyekat kapal persiaran atau kapal kargo, daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan di negara ini, susulan penularan virus COVID-19.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata ini kerana setiap penumpang kapal persiaran akan  melalui dua saringan kesihatan, yang dijalankan oleh kerajaan dan operator, kapal sebelum mereka dibenarkan turun daripada kapal.

Beliau berkata keputusan tersebut dibuat kerana sekiranya larangan terhadap mana-mana kapal persiaran atau kapal kargo daripada berlabuh di sini dikeluarkan, ia akan membawa impak buruk terhadap sektor pelancongan dan ekonomi negara.

“Sebelum mana-mana kapal persiaran berlabuh di Malaysia, mereka terlebih dahulu perlu menghantar senarai nama penumpang dan melakukan saringan kesihatan awal. Jika didapati ada dalam kalangan penumpang menunjukkan gejala influenza atau COVID-19, mereka akan dikuarantin dan tidak dibenarkan turun daripada kapal.

“Di pelabuhan pula, setiap pintu masuk dilengkapi dengan pengimbas suhu badan ‘thermal scanner’. Bagi anak kapal kargo pula, pegawai kesihatan kita akan menaiki kapal berkenaan dan melakukan saringan sebelum mereka dibenarkan mendarat.

“Setakat ini, semua penumpang kapal persiaran dan kapal kargo yang berlabuh di pelabuhan seluruh negara adalah sihat, dan rakyat negara ini tidak perlu risau atau takut,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Terminal Boustead Cruise Centre di sini hari ini.

Tambah Loke, rakyat di negara ini juga tidak perlu bimbang dengan penularan COVID-19, kerana mana-mana pelancong yang dikesan tiba dari Wuhan dan Wilayah Hubei tidak dibenarkan masuk ke negara ini, malah mereka terlebih dahulu perlu melepasi saringan keselamatan di China dan di pelabuhan utama, di mana kapal persiaran berkenaan beroperasi.

“Malaysia hanyalah sebuah ‘calling port’ di mana kapal persiaran ini singgah untuk sehari atau dua hari.  Kebanyakan kapal persiaran yang singgah di sini beroperasi di pelabuhan di Singapura dan seperti kita maklum, Singapura telah mengambil pelbagai langkah keselamatan bagi elak penularan COVID-19,” katanya.

COVID-19 adalah nama rasmi bagi novel koronavirus 2019 yang diumumkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Selasa.

Semalam, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dilaporkan berkata ujian yang dijalankan terhadap 550 kontak rapat dan mereka yang bergejala di 18 makmal awam di negara ini mendapati hanya 18 disahkan positif bagi COVID-19. Tiga daripada 18 kes tersebut telah sembuh sepenuhnya.

Tags: Covid-19Kapal KargoKapal Persiarankoronavirus
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd