• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Malaysia Buat Rayuan Atas Hukuman Mati

oleh
13/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Pannir Selvam a/l Pranthaman seorang rakyat Malaysia, yang menghadapi hukuman mati akan mengemukakan rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi Singapura, yang menolak permohonan beliau untuk mencabar proses pengampunan.

“Pannir akan mengemukakan rayuan atas keputusan tersebut. Jadi, perkara ini masih belum berakhir. Kita ada masa sebulan untuk mengemukakan notis rayuan,” kata peguambela Too Xing Ji ketika dihubungi Bernama hari ini.Permohonan untuk mencabar keputusan mahkamah itu telah dibuat dalam kamar oleh Hakim See Kee Oon pada 11 Feb dan keputusan mengenainya pada keesokan harinya.

Mahkamah Rayuan Singapura pada 23 Mei, 2019 telah membenarkan permohonan Pannir untuk menangguhkan hukuman mati yang dihadapinya dan membolehkan beliau mencabar proses pengampunan.Pannir, 32, yang sepatutnya menjalani hukuman mati pada 24 Mei, membuat permohonan penangguhan selepas permohonan pengampunannya ditolak.

Surat daripada Presiden Singapura yang menolak pengampunan itu dan pemakluman hukuman itu kedua-duanya bertarikh 17 Mei, 2019, tetapi surat yang memaklumkan kepada ahli keluarganya mengenai hukuman mati itu, dihantar pada 16 Mei, 2019.

Pannir disabitkan kesalahan pada 27 Jun 2017 oleh Mahkamah Tinggi Singapura kerana mengedar 51.84 gram diamorphine di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada 3 September 2014.

Tags: hukuman matirakyat MalaysiaSingapura
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Permaisuri Agong Mengingatkan Rakyat Malaysia Sentiasa Memelihara Adab Di Dalam Atau Luar Negara

Raja Permaisuri Agong Mengingatkan Rakyat Malaysia Sentiasa Memelihara Adab Di Dalam Atau Luar Negara

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah mengingatkan rakyat Malaysia sentiasa menitikberatkan kepentingan memelihara adab dan nilai menghormati...

Individu Tidak Mahu Ikut Prinsip Rukun Negara Tidak Layak Digelar Warganegara Malaysia –  Yang di-Pertuan Agong

Individu Tidak Mahu Ikut Prinsip Rukun Negara Tidak Layak Digelar Warganegara Malaysia – Yang di-Pertuan Agong

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah mana-mana individu yang tidak mahu mengikut prinsip Rukun Negara tidak layak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd