• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Angka Korban Koronavirus Cecah 1,110 Orang

oleh
12/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Angka kematian akibat koronavirus di China melonjak kepada 1,110 di seluruh negara hari ini apabila wilayah Hubei yang menjadi pusat penularan merekodkan 94 kematian baharu.

Menurut laporan AFP, Suruhanjaya Kesihatan Hubei dalam kemas kini harian hariannya mengesahkan sebanyak 1,638 lagi kes baharu dikesan di wilayah tengah negara itu iaitu kawasan wabak itu mula dikesan pada Disember lalu.

Ketika ini terdapat lebih 44,200 kes disahkan di seluruh China berdasarkan angka yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Virus baharu tersebut dipercayai muncul tahun lalu di pasar menjual haiwan liar di ibu kota Hubei, Wuhan yang menjadi pusat penularan wabak berkenaan.

Koronavirus kini secara rasmi dinamakan ‘COVID-19’ pada persidangan di Geneva yang diadakan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, semalam berkata, kesemua negara mempunyai peluang untuk menghentikan penyebaran global virus berkenaan.

Katanya, walaupun 99 peratus kes itu berlaku di China di mana ia masih kekal dalam situasi ‘sangat darurat’, ia juga ‘mempunyai ancaman yang sangat serius bagi seluruh dunia’.

Susulan itu, beliau menggesa negara-negara supaya berkongsi data untuk terus mengkaji penyakit itu.

Semalam pihak berkuasa China turut memecat dua pegawai kesihatan kanan dari Hubei di mana berpuluh-puluh juta orang diperintah berkurung sejak akhir bulan lalu dan mengetatkan sekatan di ibu kotanya, Wuhan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan nama rasmi wabak koronavirus baharu yang tercetus dari bandaraya Wuhan sebagai Covid-2019.

Nama baharu itu diumumkan oleh ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus kepada wartawan di Geneva setelah wabak itu meragut lebih 1,000 nyawa di seluruh dunia dengan jumlah jangkitan kes melebihi 40,000 majoriti di China.

“Kami kini mempunyai nama penyakit ini, Covid-19,” katanya memetik laporan BBC News.

WHO sebelum ini meneliti nama baharu bagi virus ini bagi mengelakkan stigma buruk terhadap bandaraya Wuhan yang menjadi tempat bermulanya wabak koronavirus.

Agensi rasmi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu sebelum ini yang mengisytiharkan darurat kesihatan global menamakan ia “penyakit pernafasan akut 2019-nCoV”. – Agensi

Tags: 2019-nCoVChinaCovid-19koronavirus
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

20/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Akaun Tiktok ekyn.wong hari ini memuat naik kenyataan permohonan maaf oleh individu bernama Nur Asyiqin Mohd Dalil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd