• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada PRK Bagi DUN Pujut

oleh
12/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Tidak akan ada pilihan raya kecil susulan keputusan Mahkamah Persekutuan pada Selasa yang melucutkan kelayakan Dr. Ting Tiong Choon sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut, kata Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Mohamad Asfia Awang Nassar.

Beliau berkata tiada keperluan baginya sebagai Speaker DUN untuk menulis kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan mengenai kekosongan kerusi berkenaan berikutan keputusan itu, berdasarkan Perkara 21 (5) Perlembagaan Negeri Sarawak.

Perkara itu, antara lain, menyatakan bahawa jika kekosongan pada tarikh dalam masa dua tahun dari tarikh Dewan Undangan Negeri hendak dibubarkan, kekosongan jawatan itu tidak akan diisi, melainkan jika Speaker memberitahu SPR secara bertulis bahawa jumlah kekuatan parti yang menjadi majoriti ahli DUN terkesan oleh kekosongan tersebut.

“Keperluan untuk Speaker menulis kepada Suruhanjaya Pilihan Raya tidak timbul dan tanpa pemberitahuan itu, tidak (akan) ada pilihan raya kecil,” katanya pada sidang akhbar di bangunan Dewan Undangan Negeri, di sini.

Panel sembilan hakim Mahkamah Persekutuan pada Selasa memutuskan bahawa DUN Sarawak membuat keputusan betul dalam melucutkan kelayakan Dr. Ting sebagai ADUN Pujut berhubung statusnya memiliki dua kewarganegaraan.

Ia membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan dalam keputusan majoriti 7-2, dan memetik Perkara 19 Perlembagaan Sarawak dan Perkara 72 Perlembagaan Persekutuan, yang menetapkan bahawa DUN mempunyai kata putus dalam perkara seumpama itu dan prosiding DUN tidak boleh dipersoalkan di mana-mana mahkamah.

Mohamad Asfia berkata isu yang dihujah dalam kes itu bukan soal politik tetapi persoalan patriotisme, yang mencerminkan pendirian bahawa sesiapa yang memperoleh kewarganegaraan negara lain dan menjadi sebahagian daripada negara itu tidak boleh dibenarkan untuk mewakili pemilih dalam Malaysia dan duduk di dalam dewan yang menggubal undang-undang.

Tags: DUN Pujutsarawakting tiong choon
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

29/06/2026
0

Oleh Mynewshub  MIRI – Satu rakaman video memaparkan kepulan asap hitam tebal disusuli api marak di kawasan laut berhampiran Miri...

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

12/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB LAWAS – Kejadian letusan gas yang berlaku di tapak pembinaan Lebuh Raya Pesisir Utara (NCH) Seksyen 2 di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd