• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiong Choon Hilang Kelayakan Sebagai ADUN Pujut

oleh
11/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak untuk membatalkan kelayakan Dr Ting Tiong Choon sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut.

Menurut akhbar Borneo Post, Persekutuan memutuskan DUN mempunyai kuasa untuk membatalkan kelayakan Tiong Choon kerana beliau mempunyai dua kerakyatan iaitu Malaysia dan Australia meskipun melepaskan satu daripadanya sebelum bertanding pada pilihan raya negeri yang lalu.

Pada 25 Julai tahun lalu, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan DUN Sarawak untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan atas pelucutan status Tiong Choon.

Permohonan itu dikemukakan tiga pihak, iaitu Speaker DUN, Mohd Asfia Awang Nassar, Wong Soon Koh sebagai menteri kanan negeri itu dan DUN Sarawak.

Sebelum itu pada 17 Jun 2017, Mahkamah Tinggi memutuskan pembatalan status Tiong Choon sebagai ADUN Pujut kerana tidak mematuhi undang-undang.

Pada 13 Julai, Mahkamah Rayuan memutuskan DUN melangkaui kuasanya apabila melucutkan Tiong Choon sebagai wakil rakyat kerana beliau sudah memulangkan kewarganegaraan Australia sebelum memenangi kerusi DUN Pujut pada pilihan raya negeri, Mei 2016.

Pada 12 Mei 2017, Tiong Choon dilucutkan statusnya sebagai ADUN selepas Soon Koh yang ketika itu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan e-Dagang Sarawak membentangkan satu usul dalam DUN.

Asfia, Soon Koh dan DUN Sarawak membawa kes itu ke Mahkamah Persekutuan, selepas Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi Kuching menolak pelucutan status Ting sebagai ADUN Pujut.

Pada pilihan raya negeri Sarawak 2016, Tiong Choon memenangi pertandingan empat penjuru di DUN Pujut dengan majoriti 1,759 undi, menewaskan Hii King Chiong (BN), Jofri Jaraiee (PAS) dan Fong Pau Teck (Bebas).

Tags: Adun Pujutsarawakting tiong choon
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Objek Disyaki Serpihan Angkasa Dikesan di Ruang Udara Sarawak

Objek Disyaki Serpihan Angkasa Dikesan di Ruang Udara Sarawak

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menasihati orang ramai agar tidak menyentuh sebarang objek mencurigakan yang mungkin...

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) memfailkan suatu notis usul di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya bagi mendapatkan penjelasan berhubung kerangka kawal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd